Followers

Sunday, November 06, 2011

KAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAHKAHKAH...BIAR BETUL?

Zaid: KITA bercita-cita jadi parti pemerintah


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan meletakkan banyak calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 kerana ia mahu menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau seperti yang dilabel oleh pihak tertentu, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.


Sambil berkata KITA merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat kerana ia memperjuangkan kesejahteraan insan di negara ini, beliau berkata parti itu tetap dengan hasrat untuk menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau mahupun pemecah undi.

"KITA bermatlamat menjadi parti pemerintah dan bukannya parti untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Sebab itu kita mahu meletakkan calon sebanyak mungkin di kawasan yang difikirkan sesuai bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik di Sabah dan Kedah yang menyifatkan KITA sebagai parti pengacau apabila berhasrat bertanding banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.

"KITA bukan parti main-main atau parti untuk memecah undi rakyat. Malah parti ini memberi peluang rakyat buat pilihan, sebab itu kita mahu bertanding di semua kawasan yang mampu dan difikirkan sesuai dan sekaligus menjadi parti pemerintah.

"Kenyataan beberapa pemimpin politik termasuk dari PKR dan DAP kononnya parti KITA sebagai parti pecah undi tak betul. Kami mahu Kita menjadi parti alternatif yang memacu tranformasi rakyat ke arah parti pemerintah dan parti pilihan rakyat sebenar," kata Zaid.

Beliau berkata ini kerana Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sudah tidak mampu menjadi parti alternatif untuk rakyat kerana mempunyai agenda dan prinsip perjuangan yang berbeza.

- Bernama

No comments: