Followers

Sunday, November 06, 2011

Jom tinggalkan Umno yang kian lemah !

Pilihanraya ke 13 akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang. Inilah peluang yang dimiliki oleh umat Islam Malaysia yang mencintai Islam untuk bersatu menolak Umno yang banyak kelemahan dan keslapan dalam mengurusa agama ini.

Semenjak 54 tahun Umno mengetuai kerajaan, umat Islam terutamanya bangsa Melayu terus lemah dan takut berjuang! seolah telah ditanam dalam hati umat-umat Melayu yang mengaku Islam rasa takut dan dicabut rasa berani dalam dada-dada mereka. Inilah kejayaan cemerlang Umno dalam membina Melayu Islam.

Dalam keadaan lemah hari ini, umat Islam diuji denga npelbagai perkera yang menuntut kesabaran seperti masalah aqidah umat bersimpang siur dengan isu murtad, isu hukum hudud yang terhalang untuk dilaksanakan di kelantan, isu festival seksualiti yang menjolok mata yang sangat disokong oleh bukan Islam dan isu penyembelihan kurban ajaran Islam yang konon menyentuh sensitiviti agama lain pun telah dibangkitkan!

Mengapa semua ini berbunyi kini? Tidak lain tidak bukan kerana kejayaan cemerlang Umno melalui formula Kamal Ataturk melahirkan umat Islam terutamanya Melayu yang lemah jiwa dan iman. Jika umat Islam terus mengharapkan Umno sebagai tunjang kekuatan mereka, maka tidak lama lagi umat Islam terutama yang berbangsa Melayu mungkin bakal tidak kenal agama mereka sendiri lagi kerana tidak ada apa yang Umno buat secara serius dan ikhlas untuk memperkukuhkan aqidah umat melainkan menebar mainan politik murahan yang penuh perkauman dan fitnah!

Apa lagi yang boleh diharapkan dengan Umno yang bagaikan talam dua muka kepada umat Islam?

Justru itu untuk kembali kuat dan disegani oleh seluruh rakyat maka seluruh umat Islam terutama orang Melayu mestilah berani beramai-ramai meninggalkan Umno untuk bersama Parti Islam Semalaysia (PAS) bagi memperjuangkan kematapan aqidah umat di negara ini.

No comments: