Followers

Tuesday, November 08, 2011

Graduan Sarjana Muda Pendidikan diarah cari kerja lain!

PAS telah mengecam kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin yang disiarkan Buletin Utam TV3 pada 30 Oktober lalu bahawa tiada lagi jaminan penempatan bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang tidak ditaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato Abu Bakar Chik, pihak kerajaan bertindak mendiskriminasi graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta tidak menjaga kepentingan mereka.

"Selama ini (kejadian) tidak berlaku , tetapi kenyataan Muhyiddin membuktikan kerajaan betul-betul tidak bertanggungjawab", tegasnya.

Ustaz Abu Bakar berkata, kerajaan perlu lebih mengutamakan graduan UPSI berbanding graduan-graduan yang lain.

"Apakah alasan graduan UPSI tidak diberikan tempat sedangkan mereka berkelayakan?" soal beliau.

Menurutnya, tujuan asal penubuhan UPSI adalah untuk melahirkan guru yang dimulai dengan Maktab Perguruan Sultan Idris sebelum dinaiktaraf berbanding IPG lain yang baru lahir.

Beliau tidak menolak andaian tindakan berkenaan disebabkan UPSI tidak berada di bawah naungan KPM sekali gus menunjukkan tiada keselarasan dasar antara KPM dan KPT.

Isu ini ujarnya menunjukkan wujud percanggahan tentang dasar pendidikan sehingga tidak mengambil kira kewujudan UPSI.

"Seolah-olah tidak berkaitan (KPT dan KPM), malah nampaknya semacam menteri-menteri yang terlibat mempunyai kepentingan masing-masing dalam pembangunan dasar negara.

"Ini jelas apabila bertukar menteri di sesuatu kementerian, maka dasar juga bertukar silih berganti sehingga menyusahkan rakyat", kata Ustaz Abu Bakar yang juga bekas Exco Kerajaan Trengganu pimpinan PAS.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa graduan pendidikan perlu mencari kerja di tempat lain yang sesuai dengan ijazah mereka. Beliau turut menyifatkan keutamaan penempatan turut diberikan kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala penempatan graduan ISMP akan dibuat setelah selesai penempatan GSTT dan KPLI.

No comments: