Followers

Monday, November 14, 2011

Antara komen-komen menarik mengenai projek guru kerja 9 jam

PAS tidak setuju guru kerja 9 jam

PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.

Sambil membidas tindakan Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran, Idris berkata kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa.


Ini kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

Bawa kerja balik rumah

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat.

“Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat.

“Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya.

Sehubungan dengan itu, Idris juga mahu kerajaan menambah kemudahan dan membina lebih banyak sekolah supaya bilangan pelajar di dalam sebuah kelas dapat dikurangkan agar bebanan guru juga dapat diringankan.

Katanya, kebanyakan sekolah pada hari ini dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi selesa kerana bilangan pelajar yang begitu ramai.

Idris berkata sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini, Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 kepada mereka jika diberi mandat ke Putrajaya.


Hariz Rosdi · Pengulas Tertinggi · SMK Taman Melawati

Aku setuju guru kerja ofis hour..waktu rehat pukul 10.00pgi jika berlaku pelajar bertumbuk, guru tak payah kisah sb diluar waktu bekerja..pukul12.30-2pm semua ckgu boleh keluar pergi makan mana-mana dia suka..pelajar urus lah sendiri di sekolah(murid darjah satu pasti pecah kepala)..meeting guru tak boleh lebih pukul 4.30ptg..warden asrama kena bagi klim overtime..meeting pibg malam, guru tak boleh datang-mana ada kerja pejabat waktu malam..sukan pelajar tak boleh buat hari sabtu..perkhemahan pelajar/kem tak boleh buat hari minggu...dll


Vijay Kumar · Pengulas Tertinggi · UTM

Saya seorang guru, kerja siang malam, keluar duit sendiri bawa pelajar untuk pelbagai petandingan, lewat tidur malam kerana banyak perlu buat persediaan mengajar, sejak kebelakangan ini kena bangun pukul 3 atau empat pagi untuk masukkan markah online, tapi duit internet bayar sendiri, duit printing fotostat dan kertas pun bayar sendiri, kena masuk markah kat sekolah lagi, bangun pagi pukul 6, start sekolah 7.15 pagi, latih pasukan sekolah sebelah petang sampai enam petang, tak cukup lagi sabtu ahad banyak aktiviti kokurikulum. Terima kasih kerana tambah waktu kerja, sebenarnya takda kesan pun, kerana kita dah kerja hampir 20 jam sehari.


Eldy Yakin · Bekerja di KPM

Saya pun seorang guru....jika dasar ini dilaksanakan sepenuhnya...minta maaf..tiada dalam kamus untuk undi BN dlm PRU13!

Top of Form

Bottom of Form


Kayz Khairul · Pengulas Tertinggi · Mrsm serting

ibu bapa pun kne la mainkan peranan dlm didik anak2.. ni sume tggungjwb bg kat guru, tp ble anak kne mrah, kne rotan trus nk melenting.. klu guru keje 20 jam pun, tp mak bapak x didik anak2 kat umah, same je jdnye.. anak2 jd setan gak...

Top of Form

Bottom of Form


Diplomatik Bebas · Top Commenter

Islam mengajar KITA, 8 jam IBADAH, 8 jam KERJA dan 8 jam REHAT.

Kerja 8 jam ker, 9 jam ker tak jadi MASALAH. Yang penting HASIL tu. Nie kerja 8 jam ker, 9 jam ker, 4 jam ker... serupa jugak... KERAJAAN? Tukar ARAHAN tu, tukar ARAHAN nie... CIKGU mcm nak MAMPUS kerja... HUTANG semakin tinggi... apa ingat CIKGU tu pun tak ada KELUARGA ker?

MENTERI2 tak per la... boleh cakap, boleh bagi ARAHAN... anak2 korang nak terbalik ker, nak balik besok pagi ker, nak BERSOSIAL ker... korang peduli apa... janji DUIT MASYUK!
...See More

Top of Form

Bottom of Form


EP Ng · Top Commenter · Caen, France

Vijay, Eldy: Tapi waktu cuti panjang kamu semua datang sekolah buat sikit kerja saja kan? Student cuti kamu pun cuti. Tapi tak macam pensyarah. Student cuti tapi pensyarah tetap kerja. Kena buat research lagi.....

Top of Form

Bottom of Form


Mageswaran Santhirasegaran · Kluang

Kawan cikgu sekalian, kat sekolah nak saya pulak...ngam-ngam bulan januari, cikgu gi cuti bersalin...cikgu ganti pun takde...asyik tukar jadual nak cover..lepas balik cuti bersalin, asyik emergency leave..lepas tu cuti sekolah pun dpt lagi...exam langsung tak buat, bila tanya kata sistem baru dah tak buat test...mcm mana nak tahu pencapaian anak??...buku kerja pun tak habis..bila dah dekat nak november, baru terkejar2...saya as parents, terpaksa ajar anak saya bab yg tak diajar kat sekolah...

Top of Form

Bottom of Form


Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

Boleh bagi nama sekolah dan nama guru??? Saya cabar saudara!

Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

EP Ng, adakah anda sanggup ikut jadual bekerja saya atau mana-mana guru, lepas tu anda akan tahu cuti sekolah kita buat apa ;)

Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

Dan saudara mages, guru pun manusia, takan u nak dia bersalin dalam bilik darjah??? Pakailah akal sebelum munuduh. En.Mages ada anak, takan guru takboleh ada anak???


Yb Suhairy · Top Commenter · UPSI

vijay kumar...aku sokong kamu...
guru ni mcm hamba abdi tp xpe...untuk pelajar kita buat sbb guru kita dulu pun mcm tu juga dulu... TAPI MENTERI MCA NI TAK RETI KENANG BUDI... KAWAN2 JGN LUPA PANGKAH PR, DAPAT RM500.00 BARULAH MENGENANG BUDI NAMANYA.... PR PR PR PR MENANG !!!!


Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

kalau ada orang kata cikgu zaman ini malas, memang saya tak setuju dan saya akan tentang habis-habisan...kerana saya tahu, merasa dan melihat dengan bijik mata saya sendiri bagaimana mereka berkorban untuk pelajar-pelajar. Orang yang tak pernah jadi guru moden , memang tak akan faham.


Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

Ramai yang tak tahu bahawa waktu cuti panjang guru kena buat planning untuk tahun hadapan untuk setiap subjek yang akan di ajar (yearly plan), kami datang betugas disekolah secara bergilir, guru-guru juga menjaga spm dan stpm, ada guru membawa pelajar untuk pertandingan tertentu, ada guru melanjutkan pelajaran master dan sebagainya, guru-guru pentabir ada disekolah untuk buat perancangan sekolah tahun berikutnya. Dan semu guru akan hadir 2 miggu awal sebelum sekolah buka untuk mesyuarat. Ada guru yang buat pendaftaran hari ahad untuk kemudahan ibubapa. Banyak lagi ....berbuih mulut i nak cakap, merah dah jari menaip.


El-Haneef Abd El-Hameed · Top Commenter

Hanya dan ahli keluarga guru saja faham macam mana career ini berfungsi. Jangan sekali-kali samakan primary and secondary teacher dgn pensyarah. Ianya tidak sama.

Nak samakan cuti sekolah dgn cuti guru? Ingat guru cuti macam murid juga ke? Saya rasa ini lebih kepada assumption. Ibu dan isteri saya adalah guru. Rasanya sibuk lebih dari saya. Sampai ke malam menaip, gunting itu ini, rumah penuh dengan buku dan kertas. Belum kira toner printer sendiri asyik habis je. Untung la government macam ni.

Lately guru asyik kena panggil jadi crowd untuk penuhkan program kerajaan. Tak datang diambil tindakan. Program tak ada kaitan dgn pendidikan pun kena hadir. Jadi tukang penuhkan kerusi. Beritahu sini dimana hujung minggu dan malam hari guru untuk bersama keluarga?

Waktu pelajar cuti, guru kena arah pergi program itu ini. Jadi pengiring program itu ini. Buat kelas tambahan sampai kemalam, bukan ada claim pun. Ada ke guru atau keluarga guru bising selama ini? Rasanya ramai yang tidak faham, tetapi buat macam dah faham.

Tapi tak apalah. Buatlah benda tu. Tengoklah effectnya nanti.


Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

Kami tak merungut, tapi kasihan rakan guru-guru sering dibayangkan oleh sebahagian masyarakat sebagai relaxs banyak cuti dan sebagainya. Cubalah jadi guru anda akan tahu perngorbanan mereka. Memang tak boleh dibandingkan dengan mana-mana profesion lain, termasuklah pensyarah. kalau kita bawak pergi budak kepertandingan, kita jadi emak bapak mereka, makan minum kita yang jaga. Mana ada lecturer yang keluar duit untuk siswa masa field work??? Itulah bexanya kami golongan pendidik.


Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

Abdul Wahab Ahmad , duit tak penting. Maruah guru harus dipertahankan. Kalau betul nak berkira-kira duit....tak payah jadi guru....anda akan sakit jiwa nanti...haha. Nak jadi guru, bersiaplah untuk korbankan tenaga, wang ringit dan masa anda. Semnagat patrioik wajib. Untuk kami, 9 jam takde kesan , sebab dah lebih dah kita curahkan tenaga. Tapi masyarakat mungkin akan berangapan cikgu zaman sekarang malas. Siapa nak pertahankan kami???


Xyza Caution · Top Commenter

Ep ng...ko nak cakap yg ko pensyarah ke....aku hormat ko selaku seorang pensyarah....tp aku pelik dgn kata2 ko...kenapa nak banding pensyarah dgn guru....pensyarah klau dia rajin....buat penyelidikan byk2....dia terus naik pangkat...dia rajin sebab nak pangkat....kuliah pun...klau dia sibuk...terus bagi kepada student master dia kawal....tp guru lain...klau rajin pun....belum tentu naik pangkat.....


Yb Suhairy · Top Commenter · UPSI

Abdul Wahab Ahmad guru juga berhak berpolitik !!! jgn menidakkan hak guru... suka hati guru lah nak sokong BN or PR... yang pasti guru sudah muak dgn BN... saya hormat anda sbg guru n semestinya anda guru yang baik.. Alhamdulillah... dan yang pasti semoga anda dibukakan pintu hati sokong PR bkn jadi pencacai UMNO.. aminnn...


Yb Suhairy · Top Commenter · UPSI

Abdul Wahab Ahmad PR mengenang jasa guru...rm500 bukan gadai maruah tp untuk kurangkan beban guru..anda guru, anda tahu... hidup PR... mampuihhhh gerombolan !!


Mohd Hanafi · Works at SAM Jeram, Kuala Selangor

9 jam je? sy rasa rata2 rakan guru kerja lebih 12 jam sehari...guru bukan sebarangan jawatan yg boleh diberi sesuka hati....sekali anda menjadi guru...selamanya anda akan dikenang sebagai guru..pensyrah pon guru..guru dah mmg namanya guru...cuma guru lebih besar jasanya sbb nk memastikan anak2 didik berjaya dunia akhirat...rakan2 yg bukan guru jgn merendah2 kan tugas guru..tanpa guru ank anda x kan tau membaca dan mengira...


Ashib Moh · Top Commenter · Works at Biasa Biasa Aja

TQ BEEND WAKTU KERJA 9 JAM,INILAH PETANDA AWAL GURU-GURU 1.2 JUTA TUMBANGKAN BEEND PRU 13,JOM GURU2 4 NEGERI DAN LAIN-LAIN GURU PAKAT-PAKAT PRU 13,NAK RINGANKAN KERJA GURU TETAPI BALA DAN BAHANA YANG DIBERI.....

Top of Form

Bottom of Form


· 18 hours ago

Sorfidiaku Yushua · Works at Smk temerloh jaya

KPM suruh guru2 malaysia jadi penjaga mcm pengasuh di taska2...jage budak2 sampai pkul 5 mak ayah jemput....same jgk idea lemah yg telah berlaku di Universiti Awam...pensyarah kerja ikut ofis hour...padahal projek2..klas sampai malam....


Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

Majid ni bukan soal kena buli, dah memang nasib kita macam ni....kesian cikgu-cikgu yang terlibat dalam kemalangan, insuran memang tak ada, sapa nak jawab anak bini dia orang??? Tak pernah pula dengar cerita pensyarah mati kemalangan semasa bawa siswa....atau kerani mati /kemalangan bawa pelajar. Hanya guru!!!


Jiwa Lara

Mageswaran Santhirasegaran . kalau tanya anak, memanglah asyik nak salahkan cikgu. Tak puas hati, datang ke sekolah. Lihat, buka apa yang tak bertanda. Buku latihan ke atau buku kerja. Buku latihan tu wajib tanda. tapi buku kerja bergantung kepada keadaan.


Matbank Maybank · Penang, Malaysia

Kami di sektor swasta kerja dari 8.00am sampai 5.30pm tapi paling awal balik pun pukul 7.00pm tak pernah bising pun malah tak pernah claim pun bayaran lebih masa. Bagi kami itu satu tanggung jawab kepada syarikat. Kadang2 kalau ada masalah tengah malam pun masih lagi kena pergi selesaikan. Kata saja kerja 9jam tetapi sebenarnya kami kerja 24jam. Kerja swasta ni tak banyak faedah yang kami dapat seperti di sektor awan tapi kami ikhlas dan kalau asyik dok bising saja bila nak maju.


Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

Mat Maybank, kau dapat bonus berapa bulan??? Memanglah kau kerja sampai malam, duduk dalam aicond, naik turun lift, ada meja sendiri, ada ruang rehat, ada komputer sendiri, print pakai ofis punya catridge, kau masih ingat macam mana keadaan sekolah kau belajar dulu??? Cikgu, komputer beli sendiri, katrige beli sendiri, abm buat sendiri, download kat internet pakai internet sendiri, bepeluh tengah padang, berlari-lari bersma pelajar, belum kira cikgu yang umur 50 tahun, naik turun empat lima tingkat, setiap jam atau 40min tukar bilik atau bangunan, meja share empat orang , u nak compare u punya kerja dengan guru??? Blah laaa.


Eyta Baharun · University of Southern California

Matbank Maybank ko keje dlm econ..smpai mlm x mandi pun x pe.. cikgu kat padang, berlari, melompat dgn budak2.. ckup 40 minit kena bgerak dr kelas tingkat 1 ke tkat 3 daki tangga, pastu turun blk tingkat 1.. belum kul 2, dah hangit satu badan...ko dapat bonus brpa bulan?... cg dpt sebulan.. silap2..langsung xde..jd kalau x tau keje guru, x yah nak ulas..


Joe Hary · Top Commenter

Vijay: dulu guru kerja 5 hari seminggu, jabatan lain 6 hari seminggu. tapi bila jabatan lain dah dpt 5 hari seminggu, guru pulak kerja 6 hari seminggu (2 x sabtu setiap bulan)... hahaha pengetua & gurubesar memang ... ngok!


Jabal Nur · Top Commenter · Works at Penoreh getah

Abdul Wahab Ahmad : RM500 nak gadai maruah apa pulak ini cikgu? Tawaran sebagai menghargai guru. Cikgu kata jangan campur aduk kan dengan politik, siapa yang selalu campur aduk kerja dengan politik kalau bukan kerajaan BN sekarang. Bagaimana dengan yang dapat kain batik dan pelikat atau beri ic kepada pendatang...Maksud cikgu kalau BN kalah nanti semua penjawat awam kena letak jawatan ke? Cikgu sekarang umur berapa tahun? Cikgu mesti guru besar atau pengetua sekarang ....dan ada jawatan dalam UMNO. Tahukah cikgu berapa ramai guru besar/pengetua balik ikut pejabat...ikhlas dan amanah sesuatu yang subjektif cikgu......


Johari Joe · MPTI

TIKUS PUTIH NELAH YANG KERJA SAMPAI AWAL PAGI BUTA, TAK PERCAYA CUBA BUKA SISTEM MARKAH SAPS, JAM 4 PAGI PUN MASIH ADA GURU YANG MENJALANKAN TUGAS, SELALUNYA LEBIH 200 ORANG SEDANG MENGHADAP KOMPUTER....


Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi

Ini dia Umno panggapkan dirinya macam gajah yang kuat.
Elok juga guru jadi tikus putih , Masuk dalam telinga gajah , mati gajah.
- Wahai guuru guru diMalaysia , jasa mu tetap dihormati rakyat.
Pengorbanan mu mendidik kanak jadi tiang negara , tetap dipuji.
- Jalankan tugasmu dengan kesabaran , jangan berpihak kepada umno.
Ini Malaysia bukan milik umno , sabar sementara jadi tikus putih, boleh bunuh gajah!
- Jangan takut Umno , sememangnya umno bukan gajah, projek umno projek gajah putih, memang pun umno itu lembu , tiada faham pengorbanan guru.,


Ismail Said · University of Malaya

TAK PERLU PROJEK RINTIS MEMANG DAH GURU BEKERJA MELEBIHI 9 JAM. MASA BILA GURU NAK REHAT.SIANG MALAM, CUTI PUN TERPAKSA BEKERJA.PELBAGAI TUNTUTAN YANG ADA DALAM PERKELILING TELAH DINAFIKAN HAK. NAK KERJA 9 JAM.FIKIR-FIKIRLAH PEMBUAT DASAR.


Schoffal Charles Moiji Constantine · Sandakan Town, Sabah, Malaysia

Rekod dunia la, guru d sm teknik sandakan, sabah, kena berkursus hingga pukul 4am pada hari ahad. Daripada lepas sekolah hingga ke hari ahad dorang kena hadir kursus. 2 jam kemudian mereka kena ke kelas untuk mengajar. beberapa orang guru jatuh sakit. perlu d teliti untuk kes kes sebegini..

Yusmi Haniff Ariffin · Top Commenter

Guru seorang pendidik, pembimbing dan pendakwah.sekiranya guru dibebankan dengan kerja yang tak sepatutnya dia buat...kita bimbang guru akan hilang fokus.Akhirnya kita berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang tetapi bukan insan yang cemerlang.


Hafiz Lija

saya seorang guru - 7.00 pagi dah punch card, masuk kelas 6 -8 waktu sehari, 28 waktu, kena relif lagi, tanda buku pelajar, buat soalan , buat persiapan, kelas tuisyen, kursus latihan kokurikulum program kecemerlangan latihan sukan latihan tuk pelajar yang bertanding ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, mesyuarat guru, kokurikulum bidang dan panitia. bersambung...


Arowanabp Arowanabp Fadhil · Muar, Johor, Malaysia

kerja guru menggunakan suara. penat wo bercakap tak henti2Masa mengajar yang banyak 20-30 waktu seminggu. guru juga terpaksa menjaga displin budak, budak sekarang semakin susah nak dikawal. budak sekarang pun dah pandai report kat polis bila disentuh atau ditegur guru. Ada guru yang terpaksa gi ke balai polis selepas waktu pejabat. Guru juga terpaksa memungut wang yuran sekolah, mengambil kedatangan pelajar, menutup reguster. mengisi markah peperiksaan 2 kali saps dan sistem peperiksaan negeri. buat head count. mengadakan program koko seperti lawatan , perkhemahan , menghantar dan melatih pelajar bertanding. membuat kajian tindakan. Ada pula sekolah yang mewajibkan setiap guru buat skt. mengadakan kelas tambahan tiap2 petang dan hari sabtu. tiap 2 hari sabtu dipaksa bekerja seperti ldp, perkhemahan, karnival sukan, mesyuarat. cuti sekolah diganggu dengan kursus dan meting, kelas tambahan.Dipaksa menyediakan data dari kementerian , jpn, .Diipaksa memmbuat kajian tindakan. melatih pelajar bersukan.Guru juga terlibat dengan program ibubapa seperti kem motivasi , sembahyang hajat, dan program masyarakat setempat. Cuti bulan 11 dan 12 dipaksa menjaga peperiksaan SPM, STPM dengan upah yang tidak setimpal. Guru juga terpaksa menjadi penjaga rangkaian komputer, membaiki komputer, paip dan letrik di sekolah, menjaga keceriaan sekolah seperti mengecat sekolah, memotong rumput padang.menbersihkan makmal sains , kemahiran hidup dan makmal komputer dan semua bilik2 guru.

guru juga dikerah merekodkan stok barang2 di sekolah. membuat inventori, melupuskan barang.membuat belanjawan ABM. membuat jadual waktu. menguruskan peperiksaan dalaman sekolah. dan merekod peribadi pelajar.

guru pula sebelum ni kalau nak naik dg44 tunggu 10 tahun. kalau jabatan awam yang lain 5 tahun je. kerajaan nak suruh kerja 9 jam . tapi bab kenaikan pangkat kenapa tidak beri 5 tahun untuk ke dg44. Adil ke???????.Ada juga tu dah 20 tahun guru berijazah sarjana muda belum naik dg48.kalau jabatan lain dah dg54, bukan kami guru berkira. demi anak bangsa ramai kereta guru dicalar pelajar2.
Ada kerajaan ambik berat.


Vijay Kumar · Top Commenter · UTM

Saya dah ada tekanan darah tinggi, ubat daripada swasta, punca tekanan darah tinggi, stress.


Madir Sempoi · Top Commenter · University Malaysia Sabah (KAL)

nie aku sokong sgt2..bukan setakat calar kete..dorang pn pancitkn tayar kete..minggu lepas cikgu disiplin sekolah aku kena pukul oleh bdk2...3 bln lepas tayar motor aku d pancitkn, kalo dpancitkn buang angin x per, nie, bdk2 bocorkn guna pisau..p kedai motor suh tampal, ader 8 lubang ..dh x ble nk tutup..tpaksa tukar tayar RM70...ader kerajaan kisah, ader dia sediakn peruntukkan??duit poket cikgu jgk..


emar Embar

Arowanabp Arowanabp Fadhil, nak dibandingkan tugas menggunakan suara korang dengan kitaorang yang dah umpama askar kerahan ni?
.Menyiapsiagakan enjin-enjin utama kapal (gas turbine and diesel electric plants)
.Mengawalselia dan pemantauan sistem elektrikal kapal.
.Mengekalkan tahap kesiagaan dan memantau peralatan dalam pelbagai platform tanpa mengira apabila pelayaran, semasa latihan perang termasuk di pelabuhan.
.Tugas & tanggungjawab ke atas peralatan dan memantau tahap operasi dengan mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keupayaan kapal dan memulakan operasi dengan seberapa segera sebagai tindakan pembetulan yang mungkin.


John Myung

Semar Embar awak bertugas dgn teknikal, kami bertugas dgn karenah manusia, masing2 ade kesusahan berkerja, tetapi bg guru seperti kami, tiada elaun tambahan yg diberikan, malah keluar duit sendiri untuk sesuatu program, tidur kat sekolah pada sabtu ahad, mesyuarat, tugas2 pekeranian masalah displin dan macam2 lagi, kebanyakan kami sudah pun bekerja 9 jam dr awal kerana kelas tambahan dan tuisyen anjuran sekolah pada setiap hari, itu belum termasuk kelas tambahan pd sabtu dan ahad, kami tidak merungut tentang elaun, tp cukup lah dgn ape yg sedia ade ni diberikan kepada kami, jgn di tambah beban kepada kami.....


Jiwa Islam · Top Commenter

Semar Embar barang yang awak jaga tu hari-hari rosak ke?? jaga anak orang ni bukan senang kerana mendidik jiwa manusia...bukan jaga mesin...jadi tolonglah hormat dan minta pandangan guru-guru dahulu sebelum cadang sesuatu perubahan....


Sanjulan Joe · Kajang, Malaysia

aku pun setuju guru keja ofis hour... lepas ni guru jgn bawa balik keja kat rumah.. bila ada aktiviti luar claim OT.. kalu ada meeting claim OT.. keja nak ngajar esok jgn pikir dirumah.. tunggu esok.. bila masuk kelas baru pikir apa nak ajar... kerja2 perkeranian jgn buat.. kerja cikgu hanya mengajar... jgn kutip yuran.. biar kerajaan ujudkan jawatan tukang kutip yuran.. aktiviti perkhemahan bukan tugas guru... kena bagi pada yg terlatih dlm aktiviti perkhemahan.. pelajar sakit biar je jgn buat apa2 telefon ambulan je


Mohd Hanafi · Works at SAM Jeram, Kuala Selangor

cikgu x kan sanggup buat mcm ni...sbb kerja sbg guru ni perlukan banyak keikhlasan...xpernah lagi guru ade OT,


Sanjulan Joe · Kajang, Malaysia

Mohd Hanafi semua kerja perlu keikhlasan.. bukan guru je


anjulan Joe · Kajang, Malaysia

Mohd Hanafi guru pun manusia biasa, ada keluarga... guru hanya mengajar bukan mendidikan, kalu pelajar jadi setan kat sekolah guru tak blh tegur nanti kena saman, tak bolh rotan nanti naik mahkamah


Arifin Masran · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia

Saya seorang guru.... selamat jalan dan bercuti untuk BN dan juga Umno dalam PRU ke 13 nanti.... Anda cukup bodoh dalam menilai khidmat seorang guru....


Normah Zakaria · Top Commenter

cara2 dan kaedah licik kerajaan utuk mneghadkan penglibatan cikgu2 dlm politik...dok kat sekolah la siang malam..cikgu ni ramai yg membangkang kut?


Kumbanghitam Hitam

BTUL TU ARIFFIN.....SOKONG


Abdul Wahab Ahmad · Top Commenter

AM nampaknya kerajaan tersalah pilih anda menjadi guru...kesian anak murid


Syedalif Muhammad · Top Commenter · UiTM Shah Alam

arifin masran war2kan kepada semua guru...1malaysia untuk PKR...kepala hatuk abdul wahab ahmad meka guru2 bertugas tanpa over time kau kata salah pilih...kau tu bodek menteri gila...


Nazriaziz Alsheikh · Top Commenter · Pemulung Hati dan Jiwa Rakyat Marhaen at Bangsaku

Abdul Wahab Ahmad : Bang Wahab Ketua UMNO cawangan mana? Cukup korum ke kalau buat mesyuarat agong? Atau jadi pengerusi tetap je kot, maklum cikgu pencen...huahahahahaha. UMNO dulu oklah, cikgu adalah tulang belakangnya, sejak zaman Madey Kutty, cikgu dah dipandang jijik, yang dijulang ialah para usahawan dan kontraktor. Itu sebab negara jadi tunggang-langgang.


Shieda Dengan Amir

BGUS ARIFIN MASRAN


Debat Rakyat · Universiti Malaya

bini aku keja cikgu...tiap2 hari gi kerja kul 6.45 pg....blk kul 5 ptg lebih..aku tak kisah sgt... tp yg aku kisah sgt wlaupun blk lewat namun ttp bwa blk keja kat rumah....kdg2 aku jd mangsa kena periksa buka plajar2...kdg2
aku kena teman dia masuk kan markah kat online....kalu dia dah lth aku plak sambung.... kpd muhiydin n wee ka siong....aku tak nampak lg apa u all lakukan utk mjaga kebajikan pendidik...ingat kalu tkda ckgu hampa mgajar A B C dulu...hampa tak akn jd menteri...ingat tu!!!!!!!!


Josmi Che Othman · Top Commenter · Universiti Malaya

bodoh punya menteri....mesti fail matematik nih.... cuba tengok jadual guru. kul 7.15 mula perhimpunan pagi. guru mesti dtg sblm kul 7.15 untuk menguruskan pelajar untuk perhimpunan.. 7.30 pgi mul a masuk kelas.. loceng balik kul 3.15 ptg.. ( sek. vokasional ) 4.30 petang latih pelajar bersukan abis kul 6.30 ptg. balik rumah semak buku/persediaan mengajar/ masuk markah on line/buat post mortem dll..kdg2 anak sendiri terabai...sek vokasional pernah memperkenalkan kerja 9 jam beberapa tahun lps.. dari kul 7.30 pagi sampai kul 4.30 ptg...hasilnya keputusan semakin teruk bkn semakin meningkat... apa tidaknya... selps rehat kedua jam 2.00 ptg pelajar dah mula tidak dpt menerima apa yg diajar..kul 3.30 ptg kdg2 hampir separuh pelajar dah tak larat ( tidur ).. ptg pula kul 5.00 ptg 30% shj pelajar yg dtg utk kegiatan sukan/kokurikulum.. dimanakah falsafah pendidikan negara yang menjadi tonggak pendidikan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek....


Faridah Mohd Ali · Works at AT 181

Saya bekas guru..berhenti awal. tak tahan, Kerja guru sentiasa dlm keadaan stress. Stress dgn pelajar, dgn pentadbiran sekolah, dgn PPD, dgn jabatan, dgn kementerian...1001 macam kerja dilonggokkan atas kepala guru. Dan sungguh kasihan kepada rakan2 guru yg masih berada di sekolah, yg tiada pilihan lain...mereka jg mengalami nasib yg lebih buruk. Jika ada pilihan, dah lama mereka tinggalkan kerjaya yg tidak menarik ini. Lebih baik berniaga kecil2an...dapat empat lima ribu sebulan pun alhamdulillah dr terus menjadi kuli batak.


Mat Zaini Abdullah · Top Commenter · Ketua Bidang TekVoch at Smk baling

Justifikasi apa yang telah digunakan oleh KPM untuk kajian rintis kerja selama 9 jam bagi guru. Pandangan secara peribadi, seeloknya KPM halusi beban tugas guru, spesifik KPI, pengkhususan kerja yang lebih terarah. Setiap jabatan kerajaan fungsinya berbeza. Pasukan Polis bertugas menguatkuasa undang-undang, beban tugas semakin bertambah kerana ratio polis untuk seorang rakyat tidak bertambah dengan kadar yang sama dengan kadar pertumbuhan penduduk. Seorang guru sekolah, bertindak sebagai pengajar sukatan mata pelajaran, penguatkuasa peraturan sekolah dengan kuasa yang terhad, bertindak sebagai pegawai perhubungan awam baik dengan waris, jabatan lain, pencari derma untuk program, pegawai keselamatan kepada murid, pegawai kesihatan dan pemandu ambulan, pegawai pembangunan sekolah, pegawai buku teks, pegawai kewangan, dalam perbicaraan selalunya bertindak sebagai defendan bila disaman waris. Harta persendirian perlu dikongsi dengan murid terutamanya kereta, jika kemalangan biasanya guru yang kena lebih, pegawai harta modal dan inventori, pegawai kebajikan masyarakat, pegawai penilai peperiksaan, pegawai penulis laporan, pegawai sistem berasaskan komputer, pegawai pencegah maksiat. Boleh dikatakan semua fungsi jabatan lain ada di sekolah kerana anggapan sekolah sebagai institusi sosial. SEELOKKNYA KAJIAN BEBAN KERJA DAN PENAMBAHBAIKAN KERJA DILAKSANAKAN. DULUKAN ADA TUBUH JAWATANKUASA MENGKAJI BEBAN TUGAS GURU. KE MANA HILANG?


Tapai Masam

sy juga guru .......... sy sangat setuju guru kerja ikut waktu pejabat sepertimana jabatan kerajaan lain. dengan syarat murid datang sekolah ambil nombor giliran. lepas tu jika ajar dan layan sorang2 mcm jabatan lain. lepas tu murid pergi ambil lg nombor untuk subjek lain. cam tu baru ok, guru tak perlu layan 40 org murid sekali gus , sama dengan jabatan lain pelanggan ikut giliran. Amacam ...... anda setuju....... fikir2 lah, tugas guru tak sama dengan jabatan lain, guru bina manusia bukan bina kereta. Anak lima org pun sukar dikawal, inikan pula 40 org satu kelas, silap cubit kena serang ...... nampak gaya guru besar kena order alat sistem nombor pulak ...... saya warga guru sgt setuju dengan sistem nombor ..... mcm jabatan jabatan lain, layan pelanggan sambil duduk ....... cikgu juga ingin bekerja sambil duduk, best kan ..


Soby Jaafar · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia

Tu nak jadikan guru baby sitterlah tu jadi penjaga anak2 mak bapak yg bekerja.......tapi takada org gaji kat umah, nak suruh jaga anak2 remaja yg lepak lepas sekolah tak balik umah......kesian cikgu2 sekarang......aku dulu bercita2 nak jadi guru sbb kerja sekerat hari.......kalau macam nilah peraturannya tak jadilah nak jadi guru! dan takyah undi BN lah...suka buat benda2 mengarut macam PPSMI tu.....


oby Jaafar · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia

Dia suruh cikgu tanda buku budak kat sekolah.....kalau bilik darjah ada aircon ok jugak...ini ada kipas pon tak pusing......kalau cikgu ada kat sekolah senanglah mak2 budak dtg jumpa cikgu nak tanya pasal kemajuan anak dia sbb la ni cikgu duduk jauh dari sekolah tak macam dulu rumah cikgu sebelah sekolah......


Patrick Ang Wai Vun · Universiti Teknologi Malaysia

saya seorang guru di johor bahru. bulan ni je saya terpaksa tidur 3 dan 4 jam sehari...banyak kerja kena buat. klu kamu seorang guru kamu akan tahu mcm mana beban seorang cikgu.


Ibrahim Jusoh · Top Commenter · Manager at Bahagia World Alor Setar

Persoalan tugas, tanggungjawab, beban tugas, masalah tekanan(stress),
tindakan undang-undang, peminggiran dari segi peluang dan kenaikan pangkat guru-guru merupakan "unending story". Walaupun terdapat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, fungsi suruhanjaya ini lebih mirip sebagai "rubber stamp" untuk pengesahan jawatan seseorang guru. Suruhanjaya ini tidak bebas dan tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awan yang dikuasai oleh golongan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Jika dibuat perbandingan di antara PTD dengan Perkhidmatan Pelajaran, bezanya seperti langit dengan bumi. Golongan gurulah yang paling lambat menikmati kenaikan pangkat. Golongan guru dan perkhidmatan terbuka yang lain adalah pegawai-pegawai kerajaan "kelas kedua" berbanding dengan PTD. Kesamarataan dan hak pegawai-pegawai kerajaan yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dinafikan. Kebelakangan ini sahaja ada sedikit penambaikan dengan memperkenalkan kenaikan pangkat secara "time-based". Itu pun setelah diperjuangkan berpuluh-puluh tahun oleh kesatuan-kesatuan guru dan atas "kesinambungan" politik pemerintah, baru diperkenalkan.
Golongan guru akan terus terpinggir, diabaikan dan ditekan dengan pelbagai perkara yang tidak ada perkaitan dengan bidang tugas P&P mereka. Jika kita lihat komen-komen dan respond rakan-rakan fb di bawah, majoriti tidak bersetuju dengan pelaksanaan waktu kerja 9 jam sehari. Jika dirujuk kepada dapatan-dapatan kajian yang dibuat oleh agensi-agensi KPM atau kajian-kajian ilmiah oleh universiti-universiti tempat, majoriti waktu bekerja seseorang guru melebihi 10 jam sehari. Umum mengatakan guru ada banyak free period. Kita akui itu semua, tetapi kita kena sedar bahawa ada pekeliling ikhtisas yang menyatakan itu waktu bekerja (memeriksa kerja murid, mengganti kelas).Umum hanya nampak waktu rasmi guru dari 7.30 pagi-2.00 petang. Tetapi umum tidak sedar tentang waktu guru untuk kegiatan ko-kurikulum, sukan , permainan dan perkeranian (waktu di rumah).
Bagi rakan-rakan fb yang bergelar guru, anda harus mempertahankan hak anda. Bekerja 9 jam bukan isu sebenar sebab anda telah pun menjalankan tugas anda lebih 10 jam sehari.Jangan ada lagi pihak-pihak yang nak jadi "champion" di atas jerih perit anda. Hak dan kebajikan anda juga akan dicabul jika ada peraturan kerja 9 jam sehari, dimana semua sektor perkhidmatan awam hanya bekerja 8 jan sehari. Setiap lebihan jam anda bekerja anda berhak mendapat elaun lebih masa seperti perkhidmatan lain.Selama ini jika anda bekerja lebih 10 jam sehari, anda tidak pernah dibayar elaun lebih masa tersebut.
Jika ini dilaksanakan tanpa kerelaan anda, berkerjalah mengikut peraturan (work to rule ). Tuntut hak anda.
Pesan saya kepada sahabat fb yang bergelar guru " Anything else is not the matter. What matter is the performance and the outcome of 40 (80) minutes teaching and learning in the classroom".


Nor Din · Top Commenter · Pengurus Pemasaran at Mondar Mandir Cari Uang

Kerja guru bkn macam kerja seorang kerani yang hanya duduk di meja mengadap komputer dan fail di bilik yang selesa. Guru terpaksa berhadapan dengan ramai manusia yang pelbagai kerenah, bangsa, agama, sosiao budaya malahan tahap IQ yang berbeza. Di sekolah guru sebagai Ibu dan bapa, kerani, penguatkuasa, pemeriksa, hakim, doktor malahan sebagai pemandu ambulan..Aku takut nanti ramai guru yang terpaksa dirawat di Hospital sakit jiwa...


Abdul Hayyi Assyubainy · جامعة العلوم الإسلامية الماليزية

9 jam??... rasa2 semua guru kerja lebih dari 20 jam sehari, tido pun mimpi murid.. siap nak mintak GL pun kena cari sendiri sb kerani pemalas.


Noor Imani Ali · MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR

Biniku seorang guru sesi pagi...
1) Basuh kain aku tolongkan...sbb balik lewat petang, byk aktiviti. Sampai rumah terus tertidur.
2) Hias kelas, aku tolongkan...sbb gayat nak panjat meja kat tingkat 3. Tangga aku pinjamkan, bawak dari rumah.
3) Gun tacker, dawai, tukul, paku, plier, rail, langsir, kad2, jam, etc, aku belikan...sbb tak ade peruntukan sekolah. Duit aku tuuu..
4) Malam2 sibuk...sbb isi markah online, buat sijil berhenti sklh, kira yuran, kira kutipan murid...
5) Hujung minggu sibuk...sbb byk aktiviti, larian 1malaysia, kem bestari, kokurikulum, sukan, etc...
6) hujung minggu berikutnya sibuk...sbb ada kuliah. Cikgu kena sambung belajar, dari pagi sampai petang. Balik terus 'mampus kat bilik'...
7) Pertengahan semester sibuk...sbb dah ada assignment nak kena buat. Paling kurang 3 assignment. Aku tolong buatkannn. Tak ada ruang tidur utk bini aku. Aku pun sama, perah otak buat assignment.
8) Pagi2 buta dah bangun...sbb nak siapkan anak2 dan diri nak gi sklh. Pukul 5.30am dah bgn. Pukul 2am baru tido...
9) Mengajar 32 jam (ustazah), pegang kelas lagi, ketua panitia lagi, mesyuarat lagi..

INGAT WAHAI MENTERI, INGAT WAHAI PEMIKIR.... SIAPA YG MENCETUSKAN IDEA GURU KERJA 9 JAM INI, AKU TIDAK AKAN HALALKAN SATU SEN PUN DUIT YG PERNAH AKU GUNAKAN UTK SEKOLAH, MASA YG AKU SENDIRI PERUNTUKKAN UTK BANTU BINI AKU, MASA LUAR KERJA YG BINI AKU GUNAKAN UTK SEKOLAH, DUIT AKU YG BINI AKU GUNAKAN UTK SEKOLAH. DAN INGATLAH....AKU AKAN TUNTUT SATU PERSATU DIAKHIRAT NANTI!!!!!


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/181220

5 comments:

Anonymous said...

Saya selaku ketua pemuda umno bahagian dan seorang guru menasihat menteri dan timb menteri supaya menghumban idea2 berharga sekupang dua ni ke dalam tong sampah seberapa segera. Janganlah digeli2 hati pendidik dengan idea bangang pegawai di kementerian. Perbaiki kepincangan yang ada dalam pengurusan pendidikan lebih bermakna bagi pelajar sebagai permata negara. Hal ehwal guru, minta pandangan guru dan bukannya pegawai yang berkerusi empuk di kementerian. Jangan langsi, nanti kita jugak yang mati!!!

saida said...

saya seorang guru tidak setuju kerja 9 jam kerana kerja guru amat membebankan,masa rehat guru tidak sama dgn penjawat awam lain dan mrk hanya duduk di bilik selesa dan kerusi empuk,tidak seperti guru yang sentiasa naik turun tangga pergi ke kelas..kerja guru hanya mereka yang menjadi guru sahaja tahu bebanan ini...tolong buka mata dan telinga wahai kerajaan bn....prihatin masalah guru2 dan jangan hingga tumpuan utk mendidik anak bangsa terjejas dek kepenatan kerja 9 jam tanpa rehat seperti penjawat awam lain...wallahualam...

saida said...

saya seorang guru tidak setuju kerja 9 jam kerana kerja guru amat membebankan,masa rehat guru tidak sama dgn penjawat awam lain dan mrk hanya duduk di bilik selesa dan kerusi empuk,tidak seperti guru yang sentiasa naik turun tangga pergi ke kelas..kerja guru hanya mereka yang menjadi guru sahaja tahu bebanan ini...tolong buka mata dan telinga wahai kerajaan bn....prihatin masalah guru2 dan jangan hingga tumpuan utk mendidik anak bangsa terjejas dek kepenatan kerja 9 jam tanpa rehat seperti penjawat awam lain...wallahualam...

saida said...

saya seorang guru tidak setuju kerja 9 jam kerana kerja guru amat membebankan,masa rehat guru tidak sama dgn penjawat awam lain dan mrk hanya duduk di bilik selesa dan kerusi empuk,tidak seperti guru yang sentiasa naik turun tangga pergi ke kelas..kerja guru hanya mereka yang menjadi guru sahaja tahu bebanan ini...tolong buka mata dan telinga wahai kerajaan bn....prihatin masalah guru2 dan jangan hingga tumpuan utk mendidik anak bangsa terjejas dek kepenatan kerja 9 jam tanpa rehat seperti penjawat awam lain...wallahualam...

azlina my said...

saya pun x setuju dengan cadangan kerja 9 jam ni. Apa rasionalnya pun x tau la. Apa yang dok dengki sangat ngan guru pun x tau la. Diorang x tau ke yg kita ni x pernahnya kering tangan dengan kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah. Dok pulun keja sekolah sampai anak2 sendiri pun x sempat nak tengok. Jangan sampai ' kera di hutan disusukan, anak di rumah mati x makan'. Beban keja yang ada sekarang ni x cukup lagi agaknya. Guru dah berkorban masa, tenaga dan wang dalam usaha nak jadikan murid'menjadi', itupun belum tentu dihargai.