Followers

Thursday, October 06, 2011

Harga minyak naik...................?

Jika selepas mendapat mandat baru selepas PRU ke 13 nanti jika Umno/Bn terus menang maka tidak keterlaluan jika dijangka bahawa kehidupan rakyat akan terus tertekan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.

Dari pengalaman lampau jika Umno/BN mendapat kuasa untuk memerintah selama tempoh lebih kurang 5 tahun maka kerajaan Umno/Bn akan menjadi 'pekak dan tul'i kepada rungutan dan suara rintihan rakyat!

Atas alasan kemajuan dan pembangunan maka rakyat yang merungut bakal dicop sebagai rakyat yang manja dan mundur.

Maka memang benar kemenangan seterusnya Umno/Bn akan menjadikan parti ini terlalu berkuasa untuk membuat apa sahaja tanpa memikirkan rungutan rakyat terbanyak. Banyak contoh yang telah dapat dilihat seperti pelaksanaan GST, rampas kuasa di Perak, pembinaan Menara Warisan, program penghapusan subsidi, penganugerahan tender kroni, PPSMI, isu FLOM dan sebagainya!

Oleh yang demikian, Umno/Bn sudah wajib ditolak dalam PRU ke 13 nanti....kerana jika kerajaan Umno/Bn yang menang terus tarilk subsidi, harga minyak pasti akan naik!



Tarik subsidi: Awas harga minyak akan naik

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang semakin pasti menjanjikan beban ekonomi rakyat akan bertambah parah, kata kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.


Ketika membidas kenyataan ulangan dari pihak kerajaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan selepas pilihan raya ini, beliau berkata, bukan cukai itu sahaja yang akan dipaksakan malah lebih banyak subsidi ditarik dan harga minyak akan naik jika BN menang pilihan raya.


"Bukan GST sahaja yang akan dipaksakan. Jangan lupa, awal-awal lagi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Idris Jala sudah memberi amaran bahawa Malaysia akan bankrap atau muflis pada 2019 jika subsidi berterusan.


"Amaran itu adalah isyarat yang sangat jelas bahawa BN akan menarik lebih banyak subsidi dari rakyat termasuk subsidi minyak yang dengan sendirinya bermakna harga minyak akan naik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.


Kenaikan harga minyak pula, katanya, akan mengakibatkan kesan berantai kepada kenaikan harga barangan lain.


"Itulah bencana yang akan ditempuh oleh rakyat jika BN menang lagi dalam pilihan raya akan datang," Salahuddin mengingatkan.


Hari ini, ketika ditanya mengenai rang undang-undang yang akan membuka laluan kepada GST, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menolak cukai itu akan dipaksakan selepas pilihan raya.


"Mungkin selepas pilihan raya, apa-apa sahaja mungkin," katanya.


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".


Sambil memberitahu bahawa GST tidak dimasukkan dalam belanjawan Pakatan Rakyat, Salahuddin mengingatkan, keinginan kuat kerajaan BN untuk memaksakan GST dan menarik balik lebih banyak subsidi sudah berulangkali dinyatakan oleh mereka.


"Perdana Menteri sendiri pernah kata, antara langkah kerajaannya untuk memperkukuh aliran pendapatan ialah memperkenalkan GST.


"Sebab itulah, rakyat mesti membuat pilihan sama ada hendak tersiksa di bawah GST dan kenaikan harga barang atau menolak BN ," katanya sambil berkata bayangan ngeri itu belum lagi mengambil kira berleluasanya rasuah sehingga Umno disebut parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.


Rakyat, kata Salahuddin, hendaklah sedar bahawa kerajaan BN semakin ketara tidak mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan negara selain membebankan rakyat dengan pelbagai cukai seperti GST, menarik balik subsidi malah memperbanyakkan pelbagai saman ke atas rakyat.


Dalam ulasan terhadap pendapatan kerajaan baru-baru ini, professor ekonomi antarabangsa di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF), Prof Datuk Dr Mohamed Ariff berkata, pendapatan kerajaan tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan keadaan itu membimbangkan jika berlaku lagi krisis ekonomi.


No comments: