Followers

Thursday, October 20, 2011

Sokong Aziz Bari! Teruskan perjuanganmu tuan!


Penggantungan Prof Aziz Bari oleh UIA memang tidak bertamaddun. Sungguh memalukan dan sangat primitif. Satu tindakan keterlaluan yang merosakkan nama dan kemuliaan ilmu Islam.

UIA seharusnya menukar namanya, jangan menggunakan perkataan Islam. Gunalah nama lain yang mungkin Universiti Gantungintelek Antarabangsa atau mungkin Universiti Pengampu Antarabangsa! Apakah puak-puak kangkung di UIA sedang berusaha merosakkan imej dan keintektualan ilmu Islam di sana?

Tetapi dalam negara 1 Malaysia , pemerintahnya iaitu UMNo/Bn dan agen-agen mereka mana kenal dan tahu erti malu. Yang mereka tahu hanyalah 'melacur' segala kebenaran dan keadilan yang hakiki. Nampaknya Malaysia terus dibawa ke zaman gelap oleh UMNO/Bn untuk menjadi negara kolot dan jumud selagi 'penunggu' itu masih ada di Putrajaya.

Sokong Aziz Bari. Teruskan perjuangan berintegriti Tuan!

1 comment:

Anonymous said...

puak ini hanya tunggu masa utk kenakan prof ini. dan sekarang lah peluangnya utk tunaikan hajat mereka.
utk prof, jgn goyah dgn puak ini, Allah sentiasa disamping orang yang benar.
kalu perlu PRU 13 masuk bertanding, pasti menang.
takbir!!!