Followers

Sunday, October 16, 2011

Antara ajaran Jabatan Agama Islam? Sekeping kertas yang bernama tauliah mengajar Islam begitu besar dan utama dalam ajaran Islam?

Apakah sebabnya Jabatan Agama Islam dalam negara di bawah pemerintahan Umno/Bn APCO ini kian tersasar dari tugas yang lebih besar, lebih utama, lebih perlu dan lebih mendesak dalam hal ehwal agama Islam?


Sebabnya mudah sahaja untuk diteka iaitu kerana 1Malaysia ini terlalu ramai ketua agama yang kedudukannya ‘bagaikan’ terlalu maksum yang tidak boleh ditegur, tak boleh diulas kata-kata mereka. Tegur atau ulas kata-kata mereka walaupun dengan niat baik, walaupun oleh alim agama bermakna derhaka dan maka layaklah dengan riuh-rendahnya dilucutkan kerakyatan yang menegur itu barangkali, seperti nasib yang menimpa Prof Aziz Bari! Kerana inilah Jabatan Agama Islam lebih pentingkan kerja tidak penting dari yang sepatutnya diberi tumpuan iaitu aqidah umat yang kian hura-hara!


Rakyat bodoh Islam sebagai ad-deen kerana tiada tazkirah dan kuliah yang berkesan, tak utama kepada Jabatan Agama Islam! Rakyat keliru dengan hukum Islam kerana proganda yang salah dari media yang tidak mahu Islam, pun tak besar mana bagi Jabatan Agama Islam! Yang penting dan utama lagi besar ialah penceramah-penceramah agama yang diminati rakyat dan berkesan, yang ikhlas berdakwah dengan ilmu yang sebenar-benarnya, yang tidak rasuah dan cukup amanah dengan agama, harus ditangkap, kerana hanya tidak ada tauliah dari ketua-ketua agama yang warak, alim dan terllau ntahu agama lebih daripada mereka yang berada di Jabatan itu!


Inilah hukum yang paling pandir yang dicipta oleh Jabatan Agama Islam konon kerana mahu membenteras ajaran sesat dan kuliah unsur politik di masjid surau! Banyak yang sesat yang tersiar dalam TV dan pelbagai media, bukan perkara besar walau pun kesannya cukup membimbangkan terhadap pembinaan sahsiah serta aqidah remaja dan golongan muda! Ini perkara kecil bagi ketua agama yang tidak boleh ditegur nanti menderhaka dan jabatan agama Islam itu sendiri.


Penceramah-penceramah seperti Dr Asri Zainul Abdin, Khalid Samad dan Bob Lokman paling penting dan utama dalam Islam untuk ditangkap kerana berceramah, daripada menangkap mereka yang menghina hukum Allah saban hari dan waktu!!

Kita tertanya-tanya, tindakan ini dibuat, apakah benar kerana bimbang sesat agama atau kuliah berunsur politik yang menyebabkan tauliah begitu besar, atau sebenarnya bimbang rakyat faham agama Islam secara mendalam menyebabkan rakyat sendiri mahu amalkan Islam dalam segenap lapangan kehidupan dan pemerintahan negara sebagai ad-deen dan menyampah serta tolak secular dan asabiyyah?

Jabatan agama perlu fokuis aqidah bukan tauliah

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat.


Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.


“Rungutan ramai ini perlu diambil perhatian kerana peristiwa ini sudah kali berikutnya setelah penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pada tahun 2009 lalu,” katanya.


Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan nasihat agama kepada masyarakat.


Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian penceramah berkenaan.


Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini,” ujarnya.


Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari ini di negeri Selangor.


“Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang penahanan yang dibuat oleh jabatan agama.


Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata.


Menurutnya, “Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa” begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan tauliah.


harakahdaily

3 comments:

Anonymous said...

Itulah bezanya antara bekerja untuk makan gaji yang terikat dengan peraturan ciptaan manusia dengan bekerja kerana Allah. Mematuhi secara total undang-undang manusiawi namun gagal menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pembela agama. Kebanyakan mereka cakap tak serupa bikin. Lama kelamaan akan terserlah kebenaran dan kalangan yang mencari laba dunia akan lenyap ditelan zaman.

Anonymous said...

Nak nikah pun kena ada sijil kursus. Bidaah atau tidak?

zonejb said...

selamat sejahtera En/Cik/Tuan/puan. kami telah mewujudkan 1 blog iaitu SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. kami masih baru lagi di sini.maka kami masih mencari lebih banyak lagi blog-blog untuk di masukkan kedalam blog kami. untuk permulaan blog En/Cik/Tan/Puan telah terpilih dan telahpun di masukkan kedalam blog kami. oleh itu kami meminta jasa En/Cik/Tuan/Puan untuk memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan. di sini kami sertakan link blog kami iaitu:-

http://bloglistmalaysia.blogspot.com

sila maklumkan kepada kami sekiranya En/Cik/Tuan/Puan telah memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan.

kerjasama En/Cik/Tuan/Puan amat kami hargai

terima kasih