Followers

Saturday, October 29, 2011

Ramai graduan tak mahu kerja sektor pertanian, betulkah? Atau?

Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong sebab lama jadi menteri! Betulkah graduan tidak minat bekerja disektor pertanian kerana kerja pertanian miskin, kerja teruk dan kotor? Ini satu tuduhan yang tidak berasas kepada pemuda-pemuda Melayu terutamanya.


Jangan cakap banyak, bagi tanah kepada para pemuda 10 ekar seorang. Sediakan kemudahan khidmat nasihat, modal dan pasaran secara ikhlas bukan secara kerja politik yang tidak bertanggungjawab! Bagai mana pemuda-pemuda terutama dalam kalangan pemuda Melayu nak menjadi petani, tanah sekangkang kera pun tak ada! Woi bagilah tanah! Ini, tanah asyik sapu dek pekerja-pekerja di pejabat tanah sahaja. Tanah dia tanah dia, tanah orang jadi tanah dia termasuklah dengan perangai para pemimpin politik UMNO dan YB-YB yang sebelah sana tu! Untuk sendiri, buka tanah sana buka tanah sini. Untuk pemuda Melayu, piiraahhh…siapa nak peduli kat ngko!!


Pemuda-pemuda Melayu malas! Pemuda-pemuda Melayu tak mahu buat kerja kotor! Permuda-pemuda Melayu taka da kemahiran! Inilah kerja menteri dengan timbalan menteri asyik menyalahkan Melayu. Habis kamu semua para pemimpin Meayu dan menteri-menteri Melayu buat jadah apa?


Pemuda-pemuda tak ada kemahiran! Hey…kamu kerajaan, kerajaan UMNO/BN, ekonomi mantop kamu kata, duit banyak, beli beg tangan berjuta boleh, nak bagi kemahiran kepada pemuda-pemuda tak boleh? Basa sungguhlah kamu pak menteri! Bila gagal projek macam Feedlot Nasional..oh pengusaha temnpatan tida mempunyai pengetuhuan. Dah tahu taka da kemahiran kenapa tak bagi kemahiran? Dah tahu taka da kemahiran, apa jadahnya bagi kepada yang taka da kenahiran atau ini semua cakap-cakap nak tutup pekong!!?


Betullah siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong hari-hari!!


Projek Feedlot Nasional Gagal Kerana Pengusaha Tiada Pengetahuan Asas


PENDANG: Kegagalan projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini disebabkan kegagalan pengusaha tempatan melaksanakan projek tersebut dengan baik.


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, kegagalan projek ternakan lembu feedlot tersebut disebabkan rata-rata pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian.

Justeru itu, beliau meminta graduan yang memiliki diploma dan ijazah dalam bidang pertanian menceburkan diri dalam industri pertanian bagi membolehkan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.


"Kita lihat ramai graduan tidak mahu bekerja di sektor pertanian kerana beranggapan pertanian ini miskin, kerja teruk dan kotor tetapi mereka tidak tahu sebenarnya bidang tersebut mempunyai hasil pulangan yang banyak.


"Mereka perlu ubah gaya pemikiran mereka agar dapat menceburi bidang pertanian bagi membolehkan ilmu yang dipelajari semasa di universiti dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang tersebut," katanya pada sidang media selepas "Program Konvoi Bersamamu Datuk Jo" di Kampung Palas, Tobiar, dekat sini.

Mohd Johari berkata, beliau melihat projek ikan talapia diusahakan oleh sebuah syarikat di China yang dibangunkan selama 10 tahun berjaya mengeksport produk mereka ke luar negara sehingga mencecah RM1 bilion setahun.


Katanya, kejayaan mereka disebabkan mereka memiliki pekerja daripada graduan dalam bidang akuakultur, dan mereka juga turut mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.


"Mereka juga boleh tentukan harga pasaran produk mereka kepada negara luar yang berminat untuk membelinya," katanya.


Beliau menyarankan Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya bekerjasama dengan agensi pertanian di negara ini bagi membolehkan pelajarnya banyak melakukan latihan praktikal bersama petani.


Terdahulu itu, Mohd Johari, yang Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, bersama kira-kira 500 Pemuda Umno Kubang Pasu berkonvoi dengan motosikal dari pekan Jitra ke Kampung Palas, Tobiar sejauh 40 kilometer bagi mengeratkan lagi hubungan antara Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu dan Pendang.


Katanya, melalui program ini juga kepimpinan Umno juga dapat menyelami isi hati dan apa yang diperlukan agar mereka agar tidak tersasar dengan matlamat yang dibawa oleh pemimpin negara terutama menjelang 2020.

mstar.com.my


No comments: