Followers

Wednesday, October 05, 2011

Perbelanjaan Perdana Menteri akan dipotong

Pakatan Rakyat janji potong perbelanjaan PM


OLEH: ARHIZA AHMAD


KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2012 Pakatan Rakyat (PR) akan memperuntukkan RM220 bilion berdasarkan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah ini membabitkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari yang dibelanjakan oleh parti pemerintah.


“Kita yakin dengan pengurusan wang dengan berhemah, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat.


“Keseluruhan bajet ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan untuk membaiki ekonomi negara dan membela nasib rakyat,” katanya kepada media selepas taklimat bajet alternatif PR di bangunan Parlimen.


Anwar berkata, antara perkara yang akan dilaksanakan PR iaitu memotong bajet perdana menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan kepada kementerian yang berkaitan.


Selain itu katanya, gaji minima RM1,100 akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan, ini akan memberikan memanfaatkan 300,000 kakitangan awam.


“Pembayaran bonus sebanyak RM1,000 akan diberi kepada warga emas pada setiap tahun berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun.


“PR juga akan melaksanakan bayaran suri rumah RM1,000 pada tahun hadapan dan menggalakkan mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,” katanya.

Sumber: Sinar

No comments: