Followers

Sunday, October 30, 2011

Pembaziran kerajaan Umno/BN yang didedahkan Laporan Audit Negara 2010.

RM6 bilion – Kementerian Pertahanan membayar RM7.6 bilion untuk kereta kebal yang dibeli melalui DRB-Hicom Bhd sedangkan harga pasaran RM1.7 bilion sahaja.


RM5 juta – dibelanjakan membeli 23 ekor kuda melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan tetapi 18 daripadanya mengalami ‘masalah kesihatan’.


RM54 juta- jumlah MARA berbelanja untuk membeli peralatan program latihan yang 100 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.


Antaranya:


Ketuhar RM1,200 berbanding harga pasaran RM419 untuk membuat roti dan pastry.


Katil lipat RM500 berbanding harga pasaran RM100


Dapur gas dua pembakar RM200 setiap satu bukannya RM79.


Pengisar RM140 bukannya RM60


RM120,000- Jabatan Taman Laut Malaysia membuat pembelian bernilai lebih 177 peratus hingga 2,805 peratus berbanding harga pasaran, antaranya:


Dua teropong malam (night vision) berharga RM1,940 dan RM2,827 setiap satu tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap unit. Ia pembaziran 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga pasaran.


Harga computer riba Acer Aspire 3935 berharga RM3,428 pada harga pasaran tapi dibeli dengan harga RM11,845. Ia 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.


TNB membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan elektrik Luar Bandar (BELB).


Smua 27 makmal computer di Sekolah Besatari di Sabah gagal disiapkan; hanya 2 daripada 30 makmal Sekolah Harian di Sabah telah siap.


Projek pusat Feedlot Kebangsaan yang menelan belanja besar RM250 juta yang dikaitkan dengan seorang Menteri Umno, telah gagal.


Penganiayaan terhadap rakyat:


Murid Tabika Kemas Kampung Muhibbah Raya, Kalabakan Sabah dihidang kuih gelang sedangkan mereka perlu dibekal dengan mi goreng.


Murid Tabika Kemas Taman Guru Kota Bahru Kelantan dihidang cucur udang sedangkan mereka sepatutnya dihidangkan kuey teow ladna.


Murid Tabika Kemas Kampung Jawa Kongsi 10 Tawau Sabah disediakan bubur nasi sedankan mereka sepatutnya diberikan nasi putih, sup daging lembu, brokoli tumis dan oren.


Murid Tabika Bunut Payong Kota Bahru, Kelantan dihidangkan pudding roti sedang ia sepatutnya kek lapis masam manis dan minuman susu berbijirin.


1 comment:

Anonymous said...

Setuju mengenai the pembaziran part.. tapi penganiaan terhadap rakyat tu kurang jelas.. pertama: adakah boleh dikatakan penganiaan sedangkan mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa sesetengah istitusi tak dapat penuhi apa yang dirancang.. sekolah tu sendiri mungkin ada masalah dalam menguruskan kewangan sehingga terpaksa makan kuih gelang.. Projek2 pula bukan salah kerajaan sepenuhnya tapi siapa tahu mungkin ada unsur rasuah atau ketidaktelusan sampai tak dapat nak siapkan makmal2 di Sabah tu.. Apapun, perkongsian yang menarik :-)