Followers

Tuesday, October 04, 2011

PDRM suka buat kerja pelik lagi.........!!

Nak kata cerdik macam tak cerdik. Sendiri bikin sendiri merungut. Tak ada orang suruhpun keluar belanja berjuta-juta macam tu. Kalau Umno yang suruh tak tahulah. Puak-puak tu memang suka kapor duit rakyat!


Bukankah BERSIH 2.0 itu perhimpunan aman! Perhimpunan yang dirancang secara riuh-rendah selama berbulan-bulan. Tiada mahkluk tak tahu bahawa perhimpunan aman BERSIH 2.0 akan dilakukan. Kalau dah perhimpuan itu dijamin penganjur sebagai perhimpuan aman kenapa PDRM pergi membazir wang rakyat? Inilah orang panggil buat kerja pelik lagi……..!!!!


PDRM Belanja RM2 Juta Tangani Perhimpunan Bersih


Oleh Ariffudin Ishak


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan lebih RM2 juta bagi menghentikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata PDRM juga menugaskan seramai 11,046 pegawai dan anggota bagi menjaga keselamatan di kawasan Lembah Klang.


"Jumlah itu termasuk seramai 2,600 orang yang dikerah untuk bersiap sedia di kontijen-kontijen seluruh negara dan akan dipanggil jika keadaan memerlukan.


"Polis juga terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistikyang lain," katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok(DAP-Seputeh) yang ingin mengetahui bilangan anggota polis yangditugaskan bermula 6 hingga 9 Julai dan kos perbelanjaan yang digunakan sepanjang operasi menghentikan perhimpunan Bersih.

sumber: Star online

No comments: