Followers

Monday, October 24, 2011

Najib bersungguh komen BERSIH 2 tapi berlebih kurang komen gejala murtad!

Najib nampaknya tidak serius dan tidak bersungguh-sungguh untuk membendung gejala murtad. Dia hanya mengulas secara sambil lewa dan mahu tidak mahu sahaja. Melepaskan tanggungjawab awal kepada kerajaan negeri atas alasan kuasa mengenai agama tertakluk kepada kerajaan negeri. Agaknya inilah alasan yang akan Najib bagi tahu dihadapan Allah nanti?

Sedangkan Najib seorang Perdana Menteri yang berkuasa dalam pemerintahan yang ada kini, dia masih tidak kreatif untuk memikirkan usaha membendung gejala murtad kecuali melepaskan tanggungjawab awal kepada kerajaan negeri. Jika begitu alasan Najib, benarkan kerajaan Kelantan laksanakan hudud dengan mengusahakan pindaan undang-undang persekutuan. Atau Najib cadangkan segera Akta Bendung Gejala Murtad di Parlimen!

Jika tidak berbuat demikian Najib hanya bersikap acuh tak acuh kerana mungkin tidak berminat untuk berbuat demikian?

"Mengulas resolusi perhimpunan itu yang meminta kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam di negara ini, Najib berkata kuasa mengenai agama tertakluk kepada kerajaan negeri.

10 resolusi

"Saya percaya jika perlu akta ini, pihak negeri akan teliti tuntutan yang dibuat dan diberi tindakan sewajarnya," katanya.

Tuntutan itu merupakan antara 10 resolusi yang dicapai pada perhimpunan berkenaan, selain memastikan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama akta yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri."- dipetik dari Malaysiakini.

No comments: