Followers

Friday, October 07, 2011

Melayu 'telan' Melayu. Melayu kembalilah kepada Islam!

Hanya rumah asal dan Masjid Kg Baru sahaja kekal

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) bersama penduduk Kg. Baru menolak Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 5 Oktober lepas kerana tidak mendapat mandat sepenuhnya dari pemilik dan pewaris tanah di Kampung berkenaan.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilihat begitu terdesak memaksa parlimen meluluskan akta baru itu sebelum pilihan raya ke-13 bagi memastikan pihak kerajaan dapat menguasai tanah-tanah penduduk di kampung berkenaan.

Katanya, walaupun melalui akta itu, status tanah di Kg. Baru bertukar dari tanah pertanian kepada tanah Pusat Bandaraya Komersial (CCC), namun penduduk terikat kepada kuasa pentadbiran pihak perbadanan dan situasinya nanti pasti sama seperti di Putrajaya di mana pemilik tanah tidak boleh melakukan pembangunan sesuka hati.

Malah, ujarnya melalui akta itu pihak perbadanan mempunyai kuasa merampas mana-mana tanah dengan membayar gantirugi yang nilainya ditentukan oleh oleh pihak lembaga yang dilantik oleh menteri.

Menteri secara keseluruhan, tambah beliau mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar terhadap perbadanan yang bakal ditubuhkan.

“Beliaulah yang akan memilih dan melantik ahli-ahli lembaga dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi sebarang keputusan lembaga termasuk dalam pemilihan syarikat kontraktor yang akan melakukan pembangunan di Kg. Baru,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, apa yang paling dirisaukan oleh penduduk adalah bentuk pembangunan yang ingin dijalankan oleh pihak perbadanan kerana sehingga ke hari ini pihak menteri masih gagal memberikan reka bentuk pelan pembangunan sebenar.

“Bila ditanya wartawan baru-baru ini beliau hanya menyatakan pembangunan Kg. Baru akan mengekalkan ciri-ciri kemelayuan dan keislaman,” ujarnya.

Justeru itu, katanya tidak mustahil yang kekal nanti hanyalah beberapa rumah-rumah asal penduduk yang dijadikan tempat pelancongan dan Masjid Kg. Baru sahaja, sedangkan rumah-rumah lain dan premis perniagaan akan diroboh dan digantikan dengan kondominum mewah serta lot-lot perniagaan bernilai tinggi untuk dijual kepada pelabur asing dari luar negara.

“Lihat sahaja kawasan di sekeliling KLCC yang telah dibangunkan dengan unit-unit kondominium mewah yang majoritinya dimiliki dan dihuni oleh bukan warganegara.

“Warga tempatan khususnya orang-orang Melayu dipindahkan ke kawasan pinggiran pusat bandar,” ujarnya.

DPPM juga, ujarnya melihat pindaan kecil terhadap senarai ahli lembaga perbadanan dengan melantik seorang wakil penduduk Kg. Baru sebagai timbalan pengerusi sebagai gimik politik kerana yang bakal dilantik nanti sudah pastilah kalangan orang-orang Umno yang menjadi barua kepada menteri yang berkuasa.

“Kalau pun penduduk diberikan hak memilih wakil mereka untuk duduk di kerusi ini, tetapi kuasa dan suara hanya terhad sedangkan majoriti korum lembaga adalah orang-orang yang dikuasai dan dilantik oleh menteri.

“Oleh itu, DPPM akan terus bersama penduduk menolak akta baru ini dan dari semasa ke semasa akan bersama penduduk mempertahankan hak mereka,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

tak usah ka kg baru lu tengok la rezab melayu yang lagi murah depa bagi kat siapa kat jowakijat kat tabung haji kat nama atas ladang risda yang pengerusi orang politik generasi ketiga dan kempay terpaksa merempat ke kl atau p pinang utk cari nafkah dikg baru yang senang tu siapa macam ibrahim saad ambik tanah melayu kat penang beli 2 ringgit jual balik balik 8 ringgit projek perda di sungai dua bagi kat siapa kat cina lah tak usah duit dua lubuk satu lautan pun depa tak cukup