Followers

Sunday, October 02, 2011

Laptop 1Malaysia tidak diberi percuma?


Seorang kawan pernah bercerita dan bertanya......

Betulkah laptop 1 Malaysia itu diberi percuma?

Aku manalah tahu!

Katanya laptop itu kemungkinan tidak diberi percuma tetapi penerima terpaksa bayar ansuran melalui bil TM net. Walau di mana kita berada bayaran itu wajib dibayar selama 2 tahun, tidak boleh tak bayar walaupun kawasan itu tiada liputan Tm net!

Terlopong aku seketika mendengar penerangan kawan itu. Apa hujah kamu berkata begitu?

Hujah aku mudah sahaja, kenapa anak aku yang dapat laptop 1Malaysia terpaksa membayar bil TM net setiap bulan berkadar lebih kurang RM20 selama 2 tahun. Tidak ada kemungkinankah sebahagian bayaran TM net itu adalah bayaran ansuran laptop 1 Malaysia yang dikatakan diberi percuma itu?

Betulkah begitu?

Habis tu kenapa penerima laptop 1 Malaysia mesti membayar bil Tm net yang tidak boleh digunakan dikebanyakan kawasan, terpaksa bayar begitu sahaja! Dan lagi bukan semua orang boleh pergi setiap hari ke pusat-pusat internet 1Malaysia!


Agak-agak berapa harga kos laptop tu?

Aku pun tak tahu tapi rasanya bukan mahal mana, mungkin dalam Rm300-400 lebih sahaja zaman sekarang, kalau pasang banyak-banyak!

Munasabah jugak hujah kawan aku itu. Habis tu untuk apa diwajibkan bayaran bil TM Net itu yang menambah beban bil kepada ibubapa yang anak-anak mereka penerima laptop 1Malaysia? Kalau dah kata percuma kenapa ada pula benda-benda lain yang kena bayar...wajib pulak kena bayar tu!

Kalau itu bantuan untuk para pelajar demi menjayakan konsep 1Malaysia, bagi sahaja laptop dan biarkan mereka guna broadband sendiri. Atau apa payahnya bagi internet percuma kepada pemilik laptop 1Malaysia. Bukankah YB-YB UMNO semua kaya-kaya, tak bolehkah guna sedikit peruntukan untuk liputan internet percuma kepada pelajar? Taik hidung masin sungguhlah tau!

Apakah program pemberian laptop 1Malaysia ini satu lagi program pemandiran rakyat terutama orang-orang Melayu di luar bandar?

2 comments:

Ben Ayu said...

Bukan percuma. KPM edarkan secara percuma untuk tujuan promusi. Pada hakikatnya kan duit rakyat, duit kita!

Anonymous said...

betul sekali... bil dekat rumah dah cecah rm200.. padahal x guna pun.. pihak yg bagi tidak terangkan kepada pelajar n ibubapa mengenai bil tm tersebut.. sape tak bengang.. lau tahu berbayar baik tolak je..