Followers

Monday, October 24, 2011

Laa...dah memang pembohong, nak suruh tak membohong? Ehh!!

Rakyat akan tetap kena bohong, percayalah! Semakin dekat PRU akan semakin kerap. Hari-hari dibohongi dan macam-macam! Masalahnya ialah bukan dengan pembohong kerana pembohong memang dah perangai dia suka membohong. Masalahnya, ada rakyat yang dah tahu dibohongi tapi merasakan tak apa dibohongi asalkan dibohongi gerombolan! Inilah masalah besarnya!


Kalau PAS bagi tahu walaupun tak bohong tetap tak percaya! Manusia begini masih ada rupanya! Kesian....patutlah hari-hari kena bohong! Parti Komunis Malaya jahat dan mesti ditentang, Parti Komunis China di China jadikan guru tempat belajar....maka buatlah lawatan sambil belajar! Sambil belajar ke sambil apa entah....!!!!!?


Komunis: Najib jangan bohongi rakyat.

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 24 Okt: Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.


“Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Katanya, rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010.


Ini, ujarnya bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti.


Tambahnya, lebih merbahaya lagi Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China.


Ini, jelasnya bererti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak.


Katanya, jika Najib enggan memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka.


“Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Parti Komunis China,” ujarnya.


Soal beliau, apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya.


“Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?


“Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?” tanya beliau lagi.


Justeru, katanya PAS menganggap kedua-duanya sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.

No comments: