Followers

Tuesday, October 25, 2011

Kerajaan UMNO/BN TERUKK!!

Baru-baru ini Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa hutang Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/BN bernilai RM437 bilion. RM421 bilion adalah hutang tempatan dan RM16 bilion hutang luar negara. Itu bermaksud Malaysia berada pada para 51 peratus dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara. Mak oi....nak jadi Greece apa!!?

Maka itu di bawah kerajaan UMNO/Bn, setiap 27 juta rakyat, ahli parti Pakatan Rakyat, Ahli BN dan UMNO yang totok dan yang tidak totok, kuli batak mahupun kroni, makcik pakcik FELDA, kampung Tradisional tak Tradisional pengagum UMNO, Ibu tunggal buah hati UMNO, Bapak Tunggal, Kaum ibu anak dara, Melayu Cina India Sabah dan Sarawak terpaksa menanggung beban hutang berjumlah RM16,185 lantaran kerajaan UMNO/BN terus menghimpun hutang tahun demi tahun. Ini bertambah parah apabila Belanjawan 2012 yang dibentang oleh Najib PM adalah defisit untuk tahun ke 14. Haa...engkau...pangkah lagi!!!

Laporan Ketua Audit Negara memberi gambaran yang lebih parah apabila melaporkan bahawa pengurusan Kewangan Kerajaan UMNO/BN di bawah Najib Razak tidak cekap! Tak cekap engkau!!! Pebelanjaan dan pembelian 'gila-gila' berlaku dalam pengurusan kerajaan UMNO/BN. Nak sokong lagi? Menang UMNO/BN, GST mari....sokong lagi!!!

Cukuplah mengatakan kalah UMNO, Melayu lemah!!! Pandangan itu pandir sangat bunyinya!! UMNO bukan 'tuhan' yang mana bila tak ada UMNo, habis rezeki orang Melayu! Habis rezeki orang Melayu kena kebas dek UMNO...iya!!!


No comments: