Followers

Monday, October 03, 2011

Kenaikan gaji : Kaya atau Kayap, kita sama-sama tengok jika gerombolan terus berkuasa!

Nampaknya demi kuasa, rakyat akan terus menjadi mangsa? Jika benar ura-ura kenaikan gaji kakitangan awam yang dikatakan sehingga 40% yang bakal disuap kerajaan Umno/Bn, akan meninggalkan kesan parah kepada kehidupan rakyat maka ia adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.


Dalam situasi kerajaan Umno/Bn terlalu lemah mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan makanan rakyat, maka kenaikan gaji tanpa kesungguhan mengawal kenaikan harga barangan dan keperluan, tidak akan memberi kesan yang banyak untuk membahagiakan rakyat. Apakah ertinya kenaikan gaji, jika akan menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan dan keperluan rakyat berlipat ganda? Kebebasan kewangan yang konon dicuba diberi, kemiskinan berterusan yang mengundang tiba!


Sehingga setakat ini apakah jaminan kerajaan Umno/Bn, bahawa kenaikan gaji tidak akan menyumbang kepada kenaikan harga barangan dan makanan? Apakah mekanisme kukuh kawalan harga barangan keperluan rakyat yang dipersiapkan? Selama ini mekanisme mengawal kenaikan harga barangan kerajaan Umno/Bn adalah terlalu lemah atau sekadar ada!


Kita boleh lihat, dalam keadaan harga minyak dunia telah turun, kerajaan Umno/Bn tidak menurunkan harga minyak keperluan rakyat. Rakyat yang saban hari mencari sesuap pagi dan sesuap petang, terus dipaksa membeli harga petrol yang masih terlalu tinggi untuk sebuah negara pengeluar petroleum.


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Umno/Bn membuktikan bahawa terlalu banyak yang bakal dibayar oleh rakyat marhaen untuk hidup mereka berbanding kemampuan menabung. Kebarangkalian kadar hutang rakyat akan lebih besar!


Bayaran lesen TV konon dihapuskan oleh kerajaan Umno/Bn, Astro pula memonopoli dan menaikan harga bayaran perkhidmatan berbayarnya yang konon katanya dilarang dinaikkan oleh kerajaan Umno/Bn. Cukai kerajaan Umno/Bn kepada Astro sudah pasti lebih lumayan dari lesen TV yang dibayar rakyat dahulunya. Maknanya rakyat membayar lesen lebih mahal kepada kerajaan Umno/Bn melalui Astro. Manakala siaran TV tanpa Astro sangat memalukan!


Untuk membuktikan kejujurannya terhadap rakyat, kerajaan Umno/BN wajib menurunkan harga minyak Petrol di bawah RM1.50 seliter atau lebih rendah. Selepas itu pastikan harga barangan makanan dan keperluan rakyat yang menggunakan pengangkutan turun bersama turunnya harga minyak! Batalkan GCT!


Jika tidak kenaikan gaji kakitangan awam yang sepatutnya menggembirakan mereka akan merupakan bahana yang bakal mencekik kehidupan mereka selepas ini. Memang, bajet feel good factor atau pun mahu dipanggil bajet Morfin, terlalu merbahaya kepada masa depan rakyat dalam keadaan seorang manusia boleh memiliki hanya sebentuk cincin bernilai RM24juta!


PAS: Awas 'bajet morfin'


PAS menasihatkan rakyat berhati-hati terhadap pembentangan bajet tahun depan yang dijangka menyaksikan sektor awam bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 40 peratus.


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat patut membandingkan antara bajet alternatif Pakatan Rakyat dan bajet kerajaan BN yang "sekadar menyuntik morfin".


"Selepas kesan morfin hilang, segala kenaikan yang diberi akan diambil semula dalam bentuk kenaikan harga barangan dan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang sudah semestinya akan dilaksanakan jika Umno-BN memerintah lagi," katanya.


Tuan Ibrahim (kanan) berkata, jalan keluar hanya dengan mengundi "apa-apa sahaja selain daripada Umno BN" pada pilihan raya akan datang.


Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengaitkan bajet yang akan dibentangkan tidak lama lagi dengan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.


"Alangkah baiknya kalau pilihan raya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun,” sindirnya.


Katanya, sejak pilihan raya umum lalu, melalui banyak pilihan raya kecil, rakyat ditabur dengan pelbagai janji yang sebahagian besarnya didakwa masih belum ditunai.


“Jika ditanya mana janji yang lama, rakyat bakal mendengar kerajaan akan berjanji 'janji yang lama' akan dilaksanakan bersama 'janji yang baru jika 'rakyat bantu BN sekali lagi' terlebih dahulu untuk menang dalam pilihan raya,” katanya.


Tuan Ibrahim berkata, di sebalik khusyuk dengan angka berbillion ringgit yang diumumkan, keadaan sebenar menunjukkan keperluan asas rakyat yang daif dan bebanan hidup yang semakin berat.


“Diharap rakyat dapat sedar dan keluar daripada cycle (lingkaran) yang kejam yang muncul setiap kali musim pilihan raya bertambah dekat,” katanya lagi.


No comments: