Followers

Sunday, October 23, 2011

HIMPUNlah berapa kali pun selagi pemimpin kerajaan Umno tak kisah orang murtad, murtad tidak akan dapat dihalang.

Untuk menghalang gejala murtad bukan dengan menghentam atau menyelar individu itu atau individu ini selepas HIMPUN dilangsungkan. Menghentam orang lain yang tidak menyertai HIMPUN sebenarnya tidak pernah menyelesaikan apa-apapun masalah apatah lagi masalah murtad.

Formula yang paling berkesan untuk menghadapi gejala murtad bukan menyerang orang bukan Islam yang berbuat baik kepada orang Islam dalam keadaan orang yang mengakui diri Islam sendiri atau pihak bertangungjawab konon menjaga agama Islam, tidak kisah akan orang Islam yang lain, tidak kisah kepada perjuangan Islam dan menentang hukum Islam dari dilaksanakan.

Sikap pemerintah yang tidak mengutamakan Islam dalam sistem pemerintahannya mengakibatkan institusi-institusi pendidikan Islam seperti UIA, SAR dan masjid surau dijauhkan dari orang-orang Islam dengan birokrasi yang membosankan dan dikawal dengan pelbagai sistem tauliah, perlantikan AJK yang berasaskan politik rakus pihak-pihak Umno/APCO.

UIA dijumudkan melalui kaedah penggantungan tugas apabila berlaku perbezaan pendapat yang penuh dengan kerahmatan. SAR dibonsaikan dari menjadi perkasa kerana dibimbangi akan melahirkan pengganas Islam kononnya. Masjid surau dikawal dari dikuliahkan oleh penceramah-penceramah yang diminati kerana menyampaikan ajaran Islam yang syumul kerana dibimbang akan terserap pengaruh Islam dalam masyarat. Wang zakat dilengah atau diselewangkan dari sampai kepada asnaf yang sewajibnya. Agama Islam dan Melayu dimindakan sebagai sama dan serupa. Inilah antara masalahnya kemudian menjerit isu gejala murtad!

Memang orang bukan Islam akan mendakyahkan kepada agama mereka, orang-orang Islam yang lemah dan tidak kenal Islam sebagaimana orang-orang Islam wajib berdakwah. Menyalahkan orang yang cuba memurtad tanpa menyalahkan orang yang tidak menghalang murtad tidak selesaikan masalah apa-apa dan kerja sia-sia. Kerana orang yang cuba memurtad dan orang yang tidak menghalang murtad secara ikhlas dan berkesan adalah dua kali lima sahaja.

Soalnya apakah yang kerajaan Umno buat untuk menghadapi isu murtad ini dengan cara yang berkesan dan berhemah dalam keadaan kerajaan Umno mengakui mereka masih menguasai parlimen Malaysia? Apakah tidak membuat apa-apa oleh kerajaan Umno itu merupakan langkah membuat apa-apa untuk atasi gejala murtad? Kalau begitu memang tidak terkejutlah jika semakin ramai yang murtad







1 comment:

Anonymous said...

pintarnya pemimpin umno bermain politik semata2 untok pengarohi pengundi atas pagar dengan memperalatkan ngo supaya melancarkan perhimpunan kununya untok menyelamatkan akidah umat islam padahal tujuan utamanya semata2 untok meminggirkan pas dihati umat melayu islam.
pas sebuah parti yg berjuang didalam gelanggang politik untok menegakan islam dibumi malaysia ini sepatutnya diberi sokongan oleh orang islam dimalaysia ini bukan dengan menyokong ngo yg berada diluar gelanggang.