Followers

Tuesday, October 11, 2011

Dua hari Najib ke Kazakhstan bernilai RM1juta? Mak tuan!!!!

Mak tuan!!! Dua hari? RM1 juta?

Rakyat marhaen yang sering mahu dicucuk hidung siang malam tak sedar-sedar, tahu nak memangkah UMNO/BN, sampai mampos tak akan dapat merasa RM1 juta! Kais pagi makan pagi kais petang makan petang! Yang kakitangan kerajaan dan swasta, habis bulan habis gaji! Lawatan Najib ke Kazakhstan 2 hari RM1 juta?


Sepanjang hidup rakyat berkerja kalau tak menceburi perniagaan besar dan kalau tak makan kedarah rasuah, tak dapat merasa RM1 juta! Mentang-mentang PM, konon lawatan untuk kepentingan ekonomi negara tak apa guna RM1 juta!!! Itukan PM! Rakyat bodoh sahaja yang boleh alasan menerima itu! Apa yang Malaysia dapat di Kazakhstan? Kot ada orang lain dapat besan?


Sebagai rakyat marhaen yang susah nak hidup, aku dengar pun kecewa!!! Kecewa sungguh dengan kos lawatan yang begitu besar! Terlalu tidak menginsafi kesusahan rakyat!


Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta


Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Tian: PM perlu jelaskan

Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas itu, Tian (kanan) berkata, kerajaan perlu menjelaskan perbelanjaannya ke Kazakhstan kerana jumlah itu terlalu besar untuk satu kunjungan.

"Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?" soalnya.

Tian juga berkata perdana menteri juga "melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri."

"Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya.

Sumber: malaysiakini.

No comments: