Followers

Wednesday, October 12, 2011

Buat kerja begini bukan setakat pengkhianat malah pengganas sebenar-benarnya!

Dalam keadaan riuh rendah rakyat jelata protes perbuatan ini, ianya masih berlaku dan dilakukan. Memberi warga asing untuk mendapatkan kad pengenalan adalah satu kerja jahat yang cuba menafikan hak dan keistimewaan rakyat jelata Malaysia.

Demi mahu mengekalkan kuasa politik yang sudah tidak dingini oleh rakyat, pihak yang melakukan dan menaja perbuatan ini, bukan lagi bertaraf pengkhianat malah sebenarnya inilah petualang dan pengganas! Ini kerja jahat yang menzalimi hak-hak rakyat bukan setakat pengkhianat tetapi petualang dan pengganas yang erti yang sebenar-benarnya.

Adalah sangat malang dan keji jika sekiranya parti dan balaciUmno benar-benar terlibat dalam perbuatan jahat, zalim dan kerja ganas ini, iaitu memberi kad pengenalan kepada warga asing yang belum pasti sejauh mana taat setia mereka kepada raja-raja Melayu dan Negara dan kemudian membolehkan mereka ini menjadi pengundi dalam PRU.Pengkhianat dan pengganas ini bukan sahaja mengecewa seluruh rakyat jelata malah turut mengecewa dan mempermain-mainkan sokongan ahli-ahli Umno yang tidak tahu apa-apa isu yang berlaku dalam negara kerana program pemandiran yang dilakukan kepada mereka!

Konon mendakwa parti Umno menjulang ketuanan Melayu, namun hakikat sebenar jika Umno melakukan hal ini maka Umno adalah parti pengkhianat yang bakal menjahanamkan bangsa Melayu!

ntuk memberhentikan kerja jahat, khianat dan ganas ini, seluruh rakyat wajib tolak Umno/Bn dari puncak kekuasaannya melalui PRU ke 13 nanti. Kita tidak mahu lagi parti politik yang penuh hipokrasi dan bermuka-muka kepada bangsa Melayu terutamanya dan pelbagai bangsa amnya.


7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Dewan Pemuda PAS Johor telah berjaya mengesan 7 buah bas yang dipercayai membawa warga asing menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan.

Kesemua mereka diyakini dibawa masuk ke negara ini oleh pemimpin Umno BN bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih untuk mengundi bagi pihak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kesemua bas tersebut telah dikesan dari Johor dan telah sampai ke Masjid Putrajaya pada jam 8 pagi tadi untuk mengambil IC mereka di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut beliau, tidak lama selepas itu, 3 dari 7 buah bas tersebut telah masuk ke JPM bersama sebuah kereta Perdana yang di dalamnya terdapat individu berpangkat datuk.

Sebahagian bas lagi, tegasnya, telah diarahkan keluar dari Putrajaya menuju ke arah yang tidak diketahui disebabkan mereka menyedari Pemuda PAS mengekori mereka dan ini jelas merupakan helah penghianat negara.

Katanya, setelah cerita mengenai 7 buah bas yang membawa warga asing untuk mengambil IC di JPM itu dimasukkan oleh beliau ke dalam Facebook, mereka telah lari masuk ke dalam hutan di Kajang.

"Takut juga rupanya mereka. Saya ingat mereka berani sangat. Tindakan para pemimpin Umno BN itu ternyata satu pengkhianatan kepada negara," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Maklumat mengenai warga asing mahu mendapat kerakyatan mudah itu, menurut beliau, telah diterima oleh beliau sejak petang semalam lagi dan sejak itu Pemuda PAS Johor telah berusaha mengesaninya.

"Malam tadi jam 1.00 malam, mereka singah di R & R Pagoh. Bermula di situ skuad pemuda PAS ekori mereka. Jam 6 pagi, mereka sampai di Masjid Putrajaya," katanya.

Hasil pengesanan yang dilakukan oleh Pemuda PAS, jelasnya, didapati bas-bas yang membawa warga asing untuk mendapatkan IC itu telah diturunkan di Kajang, Selangor.

"Ini jelas manipulator terancam yang dibuat ekoran pendedahan Pemuda PAS. Mereka ternyata pengkhianat yang pengecut," tegas beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sejak 3 jam lalu, katanya, kesemua warga asing yang mahu mendapatkan IC mereka itu telah ditempatkan di dalam hutan di Jalan Kajang - Istana Dugang Contry Resout.

Sehubungan itu, beliau berharap agar orang ramai yang mempunyai kelapangan masa berkejar ke tempat itu sekarang untuk beramai-ramai bertanya kepada mereka tujuan kedatangan mereka beramai-ramai ke Putrajaya itu.

"Sekitar 30 minit lalu, penduduk di kawasan itu sedang mengepong kawasan warga asing yang mahu diberikan IC oleh JPN itu," katanya.

Kini, menurutnya, bas-bas yang membawa warga asing itu pula telah keluar dari kawasan resort tersebut dan bas-bas tersebut didapati kosong tanpa penumpang.

"Maksudnya, warga-warga asing tersebut telah ditinggalkan di dalam resort itu. Apa yang mereka buat?" tanya beliau.


Sumber:harakahdaily

1 comment:

otaklunyai said...

Semoga mereka ini dilaknat didunia dan di Akhirat kelak... Amin Ya Rabbal Alamin...