Followers

Saturday, October 08, 2011

Bajet Najib tidak ada jaminan yang mengembirakan

Walau bagaimanapun Bajet yang dibentang oleh Najib namun awas jika UMNO/Bn terus menang PRU ke 13 harga barang keperluan rakyat masih terus melambung tinggi! Harga ayam, daging dan ikan serta sayur-sayuran di pasar kian mahal. Tidak ada jaminan dari kerajaan Umno/Bn bahawa harga barang keperluan itu akan turun kerana harga petroleum masih tidak berganjak, mungkin akan lebih tinggi dari harga sekarang boleh berlaku!

Anak-anak muda yang baru keluar dari Universiti dan yang berduyun-duyun bakal keluar masih belum terjamin pekerjaan tetap untuk hidup masa depan mereka dengan kelulusan yang mereka ada.

Sedikit anugerah beberapa ratus ringgit di awal tahun dilihat tidak menjamin kelangsungan kebahagian buat rakyat miskin dan yang berpendapatan sederhana. Masih ramai rakyat yang terpaksa membuat pinjaman peribadi dari institusi kewangan untuk menyelesaikan banyak masalah kehidupan. Pemimpin-pemimpin Umno/Bn terus kaya wang, rakyat marhaen kaya hutang bank!

Bajet Najib tidak menyumbang kepada kekuatan ekonomi rakyat, hanya sekadar mungkin melegakan seketika di awal tahun. Selepas habis duit yang diberi, rakyat akan kembali tertekan untuk terus menghadapi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijanji pasti, harga petrol terus mahal, tol-tol yang berselirat, penghapusan subsidi yang menyebabkan harga barang keperluan terus tinggi, kos pembiayaian anak-anak di kampus semakin meningkat, pekerjaan buat buat anak-anak makin kelam walaupun berkelulusan ijazah.

Belia-belia Melayu semakin bertimbun menjadi buruh kasar yang berpendapatan rendah tidak berkemahiran walaupun berkelulusan tinggi dalam tanah air sendiri! Dan kek ekonomi orang Melayu terus mengecut. Tanah-tanah orang Melayu di kampung-kampung terus terjual dan tergadai. Rumah-rumah taman kian mahal berharga RM300 ribu keatas yang menjauhkan orang Melayu untuk membelinya! Kg Baru Kuala Lumpur terus di makan UMNO/BN! Terus terang diberitahu bahawa orang-orang melayu kian terkontang-kanting dan kian pi mai pi mai tang tu selagi pemerintahan Umno/Bn tidak ditukarkan!

Dengan sebab itu sudah sampai masanya untuk semua rakyat khususnya orang-orang melayu tidak digula-gulakan yang banyak membawa penyakit. Mengapa tidak mencuba undi yang lain yang menjanjikan ketelusan, amanah, integriti, pengagihan kekayaan secara adil, benci rasuah dan kroni, keadilan mahkamah dan seumpamanya yang telah terlalu lama kita tagihkan. Tanamkan iltizam untuk ubah pemerintahan negara sebaik parlimen dibubarkan tak kiralah bila ...yang penting kita ubah!


No comments: