Followers

Wednesday, October 26, 2011

Ahmad Maslan merepek!

Ahmad Maslan bercakap pelik, katanya "Isa Samad secara rasminya masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF)".

Dah tu kenapa? Maknanya kejap lagi akan dirasmikan perlantikan itu?

Woi....Rakyat bukan hendak awak buat pengumuman itu. Yang rakyat hendak, pengumuman yang berbunyi "Isa Samad tidak akan dilantik jadi Pengerusi KPF atau Isa Samad akan melepaskan Jawatan Pengerusi FELDA!" Itu yang rakyat mahu. Tak payahlah khabar Isa Samad belum dilantik secara rasmi kerana itu bermakna Isa samad akan dilantik secara rasmi juga ke jawatan itu!

Senang-senang Ahmad Maslan berkata Isa Samad yang tidak mempunyai kuasa eksekutif selaku Pengerusi Felda maka tidak akan ada konflik kepentingan! Banyak cantik, macam orang tak kenal siapa si Isa tu!

Dalam hal ini maknanya Ahmad Maslan nak 'menuduh' Pengurus Besar Felda yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pelbagai bidang perjalanan urusan Felda boleh menimbulkan 'konflik kepentingan?' Habis tu selama ini sehingga KPF menjadi sepertinya sekarang ini banyak mana yang Pengurus Besar Felda itu guna kuasa sehingga menimbulkan isu konflik kepentingan?

Taik kucing engkau Ahmad Maslan! Sebenarnya orang politik macam Isa Samad lebih bahaya dalam mencari kepentingan berbanding Pegawai Awam seperti Pengurusa Besar Felda! Jangan nak tipu penerokalah Mat!

Petikan berita:

Pengerusi Felda Holdings Bhd, Tan Sri Isa Abdul Samad secara rasminya masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab kini masih memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF.

"Pengerusi KPF sekarang ialah Pengurus Besar Felda yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pelbagai bidang dalam perjalanan urusan Felda.

"Sekiranya Tan Sri Isa menjadi Pengerusi KPF, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif, maka tidak akan timbul konflik kepentingan," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2012 berkaitan Felda pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Kasim mempertikai pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF yang dianggap akan menimbulkan konflik kepentingan.

Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF.

- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

faham tak kenapa Tan Sri isa di lantik sebagai pengerusi KPF:

1. sebb dia pengerusi FELDA, yang tidak mempunyai kuasa eksekutif atau pembuat keputusan dlm felda.

2. jadi adalah penting orang yang memgetuai KPF terdiri dari anggota felda yang berpegalaman tapi tidak mempunyai kuasa eksekutif..


harap bila membaca biar sampai abis la bang oiii.jgn hentam jer