Followers

Sunday, September 18, 2011

Yang mana lebih biadap?

Muhyiddin Yasin yang dikatakan semakin tak sabar untuk melanggar naik, telah menghentam pakatan pembangkang iatu Pakatan Rakyat kononnya mahu menukar Jalur Gemilang. Walhal yang menulis mahu menukar itu adalah pandangan peribadi seorang Adun DAP M Manoharan, itupun beliau dengan penuh kesedaran telah tarik balik keterlanjuran tulisan beliau itu.


Muhyiddin yang tak larat apabila diajak berdebat oleh Mat Sabu mengenai isuMat Indra telah mengecam usaha konon mahu menukar jalur gemilang adalah biadap dan tidak menghargai warisan Negara! Ya kah mengubah bendera yang sama bendera Amerika itu sebagai biadap dan tidak menghargai warisan Negara?


Bagi aku, bukan bermakna aku bersetuju, tetapi jika mahu menukar bendera apa salahnya. Ia bukan isu besar. Kalau dikatakan warisan, simpan sahajalah bendera lama itu di arkib atau muzium, tak ada masalah. Apa pula biadapnya?


Bagi aku, kalau hendak dikatakan biadap dan tidak menghargai warisan bangsa, yang aku senaraikan dibawah ini rasanya bukan lagi biadap malah haramjadah namanya:


1. Penyerahan tanah Melayu KTM di Tanjung Pagar kepada Singapura.

2. Sambil lewa dan main-main mempertahankan Pulau Batu Putih.

3. ‘Penculikan’ Tanah Rezab melayu hanya tinggal satu pertiga sahaja dari jumlah asal.

4. Penghapusan tulisan Jawi sebagai tulisan bangsa Melayu.

5. Penghinaan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

6. Melaksanakan PPSMI di sekolah-sekolah

7. Menipu dalam pilihanraya.

8. Menghapuskan biasiswa untuk bangsa Melayu dan Bumiputra.

9. Menggalakkan jerung-jerung dan kroni makan rasuah dan komisyen sehingga menyusahkan rakyat marhaen.

10.Berbelanja mewah di luar Negara dengan mengunakan wang rakyat

11.Menaikkan harga minyak yang menyebabkan seluruh barangan keperluan rakyat naik harga

12.Mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah sedangkan yang diajar sejak dari dulu, dijajah.

13.Menghapuskan 1 ISA menggubal 2 ‘ISA’! Hishamuddin Husin kata lebih kurang sahaja yang baru dengan yang lama! Kalau begitu ISAlah jugak tu!


No comments: