Followers

Thursday, September 08, 2011

Umno kian tunggang-langgang!

Walau siapapun Mat Indra, kebenaran akan terserlah jua akhirnya nanti. Komuniskah dia? Pejuang kemerdekaankah dia? Jika kajian dibuat oleh sejarawan yang iklhas dan berintegriti maka fakta yang sebenar tidak akan dapat disembunyikan!

Masalah yang lebih besar ialah apa yang sedang berlaku kini, dalam Umno mengutuk Mat Sabu dan PAS sebagai kononnya penyokong komunis, bagaimana pula dengan spesis Umno yang dilaporkan baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CPC iaitu Parti Komunis China di Beijing? Kerana seorang Mat Indra begitu mudah Umno menuduh Mat Sabu dan PAS sebagai penyokong komunis. Mengguna kaedah Umno, apakah tidak boleh umum menuduh pula Umno sebagai juga penyokong perjuangan komunis kerana menjalin persefahaman bukan dengan individu sebaliknya dengan sebuah parti komunis yang terbesar dan berpengaruh di dunia? Maka kalau mengguna kaedah Umno itu jelas Umno juga penyokong komunis malah lebih komunis dari Mat Sabu!


Kedua, mana lebih jahat, antara Mat Sabu yang membela Mat Indra sebagai pejuang kemerdekaan dan menafikan Mat Indra sebagai komunis, dengan tingkahlaku pemerintah Umno yang menghantar pulang 11 daripada 16 pelarian Islam Uighur kepada kerajaan China komunis yang mendedahkan mereka keoada risiko diseksa? Kenapa Umno begitu tergamak meletakkan saudara seagama dalam mulut komunis?

Kerajaan Umno telah berbaik dengan kerajaan komunis China yang sentiasa menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur dan mengamal Islam sebagai keganasan dan penderhakaan. Tidakkah ini menggambarkan bahawa Umno lebih berjiwa komunis lebih daripada Mat Indra yang dituduh komunis itu?

Pendek kata Umno hanyalah parti hipokrit paling nyata apabila memainkan isu secara berterusan dan mengelirukan terhadap pandangan Mat Sabu terhadap Mat Indra. Nampaknya Umno kian desperate dan kian tunggang-langgang!

No comments: