Followers

Saturday, September 24, 2011

Sebagai PM kerajaan Umno/Bn dan Presiden Umno, Najib tidak gembira orang Melayu suka hudud!

Isu hudud yang kian dikumandangkan oleh para pemimpin dan media pencacai Umno untuk memutar-belit hasrat dan perjuangan PAS adalah bukti berasas bahawa pilihanraya umum benar-benar akan diadakan pada bulan November 2011 ini.


Najib menyifatkan langkah Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz bertegas dalam pelaksanaan hudud adalah taktik Pas bertujuan menagih perhatian rakyat!


Kalau benarlah begitu maka apa salahnya Tok Guru Nik Aziz menagih perhatian rakyat terhadap hudud? Bukankah hudud itu memang baik untuk difahami oleh semua manusia?


Lagi pun sebagai parti politik memang Pas memerlukan sokongan rakyat dalam apa-apa perjuangan yang dibawanya, terutamanya rakyat yang beragama Islam yang sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka kepada perintah Allah.


Begitulah jika seorang Perdana Menteri sedang panik dan gubra dengan tekanan dan beban ‘1001 masalah’, semua akan dijadikan isu, untuk semata-mata memperlekehkan dan memperhodohkan perjuangan Pas dalam meletakkan Islam sebagai agama yang mentadbir Negara.


Jika Muhyiddin mendakwa Umno bersetuju dengan hukum hudud, sepatutnya tidak timbullah sindiran bahawa hudud adalah taktik Pas untuk tarik perhatian rakyat. Umno yang ikhlas sepatutnya tampil untuk bersama Pas bagi menerangkan hukum Allah itu kepada seluruh rakyat, bukan menakut-nakut, memperli dan mengeliru pemahaman rakyat terhadap hasrat murni Pas yang dituntut agama itu.


Najib menuduh bahawa Pas selepas isu Mat Sabu (yang dibangkit oleh Umno sendiri bukan oleh Pas), cuba pula muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu. Hakikat sebenarnya hanya orang melayu yang bodoh dan tongong sahaja yang tak tahu bahawa Pas selama-lamanya memang memperjuangkan hukum-hukum Islam termasuk hudud.


Oleh yang demikian apa salahnya perjuangan Pas itu dalam pandangan orang Melayu bagi Najib? Agaknya ramai benar orang Melayu yang tidak mahu dan tolak perundangan Islam semenjak 54 tahun Umno memerintah kerana gambaran buruk yang ‘diajar’ oleh Umno sendiri? Menolak perundangan Islam dan hudud dalam kalangan orang Melayu, apakah itu satu kejayaan yang membanggakan Umno?


Apakah benar begitu? Jika benar begitu, mungkin tidak keterlaluan dikatakan Umno bukan membawa orang-orang melayu kepada semakin kukuh keimanan dan ketaqwaan sebalik semakin terjerumus ke kancah kesesatan. Buktinya, ialah apabila Najib selaku Presiden Umno, begitu gelisah dan resah sekiranya Pas benar-benar berjaya menawan hati orang Melayu dalam isu hudud!


Apa yang sepatutnya berlaku, sebagai Islam yang beriman, Umno dalam ketololan memahami hokum Islam selama 54 tahun memerintah, begitu gembira dan bersyukur kerana Pas berjaya dalam membantu memahamkan orang-orang Melayu terhadap hudud. Ini tidak, Umno terus bersikap hipokrit dan talam berbagai muka untuk menjadikan semua isu perjuangan Pas sebagai taktik Umno untuk managih perhatian rakyat terutama orang Melayu! Begitulah Umno, dia suka kata kat orang, apa yang sebenarnya sedang dia lakukan!


No comments: