Followers

Wednesday, September 14, 2011

Orang Melayu memang pelik!

Pemuda PAS mendakwa SPR telah mengeluarkan lebih 10,000 pengundi yang dilkaitkan dengan kes kad pengenalan palsu. Perkara ini dilakukan adalah hasil daripada tindakan pemuda PAS mendedahkan permainan kotor dan keji SPR dalam membela tuan hantu.

Adalah sukar dipercayai nama-nama pengundi yang patut dikeluarkan hanya dalam sekitar 10,000 pengundi. SPR sebagai penjaga hantu dirasakan sukar untuk mengorbankan hantu-hantu itu kerana ia akan memberi kesan besar kepada tuan-tuan hantu ia itu Umno/Bn.

Kita tidak mahu lebih 10,000 pengundi yang dikeluarkan itu hanya sekadar tindakan lakonan dan penipuan konon prihatin sangat SPR dan Umno mahukan pilihanraya yang bersih. Dasar spesis yang tidak boleh dipercaya,i maka tidak boleh dengan mudah dipercayai! Para pemimpin Umno, Aziz dan Wan Ahmad sama sahaja, banyak auta dari melaksanakan tuntutan Bersih 2.0.

Seluruh rakyat terutama orang-orang Melayu di kawasan luar bandar wajar mempunyai pemikiran politik yang lebih telus dan berintegriti. Tolak dan buanglah politik sentimentel dan terlalu mengenang jasa secara melulu walaupun diri dan maruah bangsa sudah banyak terkorban oleh Umno.

Orang-orang Melayu akan lagi sewkali terkorban apabila cukai barang dan perkhidmatan dilaksanakan pada sewlepas PRU ke 13. Kenyataan ini telah disebut oleh Najib Razak yang mengatakan sekarang bukan masa yang sesuai untuk dikenakan cukai barangan danperklhidmatan. Katanya lepas PRU ke 13 mungkin masa yang sesuai.

Orang Melayu yang telah tahu 'kepalanya' akan dipotong, masihkah lagi mahu menghulurkan kepala, untuk kehidupan yang lebih menderita pada masa-masa akan datang? Sudah tahu, kerana dibayangkan oleh Najib sendiri, cukai barangan dan perkhidmatan akan dikenakan jika parti hantu itu menang PRU ke 13, masih lagi parti hantu itu mahu dipilih dan disokong? Pelik! Orang melayu memang pelik!




1 comment:

Anonymous said...

Ana sokong statement anta.. setuju!!!