Followers

Sunday, September 11, 2011

Malaysia tidak pernah dijajah kuasa barat tetapi dijajah oleh....

Lagi mengenai 'kajian sejarah segera' yang menggemparkan, "Malaya tidak pernah dijajah!". Satu penipuan ilmu tawarikh dan sejarah yang terbesar dalam sebuah tamadun manusia!

Ramai orang tertanya-tanya, kalau Malaya tidak pernah dijajah, bagaimana pula Malaya boleh mengisytiharkan 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan? Kenapa pulak Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!". Apakah Tunku bersama dengan rakyat yang berada di stadium merdeka pada waktu itu kena sawan? Eh padah!!

Agaknya laungan 'Merdeka' Tunku Abdul Rahman itu mahu memberitahu bahawa Malaya memang tidak dijajah oleh British tetapi akan bermula satu penjajahan oleh satu kuasa lain? Satu kuasa lain yang di'merdeka'-kan oleh British untuk 'menjajah' Malaysia bagi pihaknya? Kalau begitu siapakah kuasa lain itu?

Jika dilihat dari pada zaman yang dipanggil hari kemerekaan hingga kini memang rakyat Malaysia sentiasa dipecah belahkan untuk mudah dilkuasai. Buktinya Cina ada parti politik Cina, India ada parti politik India, Melayu ada parti politik Melayu walaupun menggunakan nama orang putih! Kalau dilihat dalam kempen pilihanrayapun sejak zaman berzaman, di kawasan mojoriti Cina parti-parti perkauman bercakap tentang survival Cina, di kawasan majoriti Melayu kempen penuh dengan sentimen Melayu contohnya PM beragama Kristianlah, PAS sokong komunislah, Umno kalah Melayu terancamlah dan macam-macam lagi, begitu di kawasan India.

Inilah agaknya yang mahu dimaksudkan oleh Zainal anak Kling dan geng Prof kangkong iaitu memang Malaya tidak pernah dijajah British, TETAPI hakikatnya Malaya yang kemudian Malaysia hingga kini sebenar-benarnya dijajah oleh UMNO melalui Perikatan dan BN! Betul jugak! Rupanya Malaysia belum mereka lagi.... ish..ish!!

So jom kita sokong Pakatan Rakyat untuk memerdekakan Malaysia dengan kemerdekaan yang tulin!

No comments: