Followers

Sunday, September 18, 2011

Harga barang naik untuk rakyat, PM dengan bini menonton konsert!

Perdana Menteri terus berkonsert, rakyat terus tertekan kenaikan harga barang keperluan. Aku baru pulang dari pasar!

1. Harga ayam naik!

2. Harga daging naik!

3. Harga ikan naik!

4. Harga sayur naik!

5. Harga sardine naik!

6. Harga biskut naik!

7. Harga buah-buahan naik!

8. Harga susu naik!

9. Harga makanan naik!

10. Harga minuman naik!

11. Harga tayar kereta pun naik setahun dua tiga kali!

12. Harga berbagai keperluan rakyat naik!

13. Hutang rakyat naik!


Dalam pada itu, Najib PM selamba naik menonton konsert Astro! Rosmah bini PM pun naik juga kerana dia memang suka naik! Pendek kata zaman Najib zaman Barang Naik (BN)!


Jika begitu semoga Najib tidak naik lagi selepas PRU 13 kerana kehidupan rakyat semakin teruk tertekan kalau Najib terus naik .

Ingatlah kerana Najib, minyak naik tapi pendapatan dan simpanan rakyat terus tak naik-naik sebaliknya hutang rakyat yang sentiasa naik!


PM hadiri Konsert Suara Kami di Stadium Merdeka


KUALA LUMPUR 18 Sept – Dalam kesibukannya menghadiri pelbagai acara semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa untuk menyaksikan Konsert Suara Kami anjuran Astro di Stadium Merdeka di sini, malam tadi.


Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke konsert itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton yang tidak menyangka pemimpin nombor satu negara itu sudi untuk bersama-sama mereka menyaksikan acara hiburan berkenaan.


Najib, dalam laman Facebook dan Twitternya, berkata, beliau menghadiri konsert itu untuk bersama-sama generasi muda Malaysia.


Najib turut memuat naik beberapa keping gambar suasana konsert itu dalam Facebook dan Twitter beliau.


Konsert Suara Kami diadakan sempena ulang tahun Astro ke-15 dan sambutan Hari Malaysia.


Antara artis tempatan yang turut serta pada konsert tersebut ialah Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Azlan And The Typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz dan Stacy manakala barisan penyanyi antarabangsa pula ialah Chinmayi (India), Hins Cheung (Hong Kong) dan Rania (Korea Selatan). – Bernama

1 comment:

Anonymous said...

halal dan haram di tangan dia..rakyat digula-gulakn sikit dah boleh cair keimanan runtuh maruah diri..hiburan melekakan..jadilah hidup selamnya begini..menderita di tanah air sendiri..mereka senang lenang bergembira atas kekayaaan negara dan duit rakyat..