Followers

Wednesday, September 28, 2011

Hah...gigi PERKASA dah rongak?


Umno yang bangga menggelarkan dirinya sebagai parti ketuanan Melayu itu akhirnya akan menghapuskan kuota 30% untuk bumiputra dalam bidang ekonomi. Hal ini telah disahkan sendiri oleh Najib Razak sewaktu berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi aku, kuota itu memang menyemakkan sebenarnya. Tapi isunya, apakah penghapusan kuota itu akan merupakan jaminan bahawa rancangan penguasaan ekonomi bumiputra kerajaan Umno/Bn akan melebihi 30% atau semakin susut dari 30% selepas penghapusan kuota itu ? Atau selama ini 30% pun tak pernah tercapai?

Melihat kepada pelbagai masalah integriti, rasuah, pecah amanah, ketirisan, kehilangan keadilan, jiwa lemah kepimpinan kerajaan Umno/Bn yang ada pada hari ini, rasanya selepas penghapusan kuota 30% itu, penguasaan bumiputra berkemungkinan besar akan semakin susut, sebaliknya yang akan hanya merasai kek ekonomi ialah dua tiga kerat bangsa Umnoputra. Ini boleh dikira pasti jika Umno terus menjadi teras pemerintahan Umno/BN!

Membincangkan hal ini, yang menentukan untung nasib bumiputra khususnya orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi, di manakah suara-suara dari pejuang-pejuang Melayu (yang selama ini begitu lantang menerpa kepada Pakatan Rakyat apabila membabitkan isu agama dan bangsa), seperti dalam kalangan bangsa-bangsa Umno seperti GABIM , MUBARAK, PENAWAR, Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri terutama dari PERKASA Ibrahim Ali?

Biasanya puak-puak ini adalah golongan yang paling sensitive apabila nasib bangsa Melayu kontang-kanting. Tetapi nampaknya dalam soal ini semacam ada yang telah terkelu lidah atau jaminan Najib bahawa kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing, agaknya sudah benar-benar memadai?

GABIM tak usah kiralah, terus gebang ke sana kemari tak tentu haluan. PERKASA pula apakah pandangannya macam nak sama pandangan dengan Soi Lek yang suka benar dengan pengumuman Najib?

PERKASA yang selama ini begitu lantang bagaikan nak runtuh langit bersama penggawanya Ibrahim Ali, mahu menggigit pun sudah tidak ghairah lagi! Kalau pun boleh menggigit kesannya hanya geli sahaja kepada Najib dan Umnonya, kerana gigi masing-masing agaknya telah pun kian rongak…..

No comments: