Followers

Sunday, September 11, 2011

Dalam pelbagai kecelaruan puak-puak mereka, kita perlu kembali fokus!

Kerana Mat Sabu dengan Mat Indra, habis yang bergelar Profesor sejarah menjadi kangkong. Selama ini ramai yang menyangkakan profesor-profesor itu cerdik-cerdik belaka, rupanya tidak seperti yang disangka. Acah sedikit oleh Mat Sabu, habis herok-pekuk sejarah Malaysia dibuat mereka.

Apa yang jelas sesiapa sahaja yang berbelit dengan mazhab Umno, akan menjadi kalau tidak bengong, tiga suku dan mungkin juga sasau.

Apa tidaknya, dengan tiba-tiba apa yang dipanggil Majlis Profesor bersama Zainal anak Kling mengatakan Malaya tidak pernah dijajah, untuk hanya 'melondehkan' seluar masing-masing di khalayak umum.

Mat Sabu kata Mat Indra pejuang kemerdekaan, ramai jugak yang berbelit dengan Umno mengatakan Mat Sabu kata komunis pejuang kemerdekaan! Hendak kata pekak, tidak! Nak kata lembam, boleh pulak membaca, tapi orang kata lain, mereka kata lain. Sampai ke hari ini masih kata Mat Sabu kata komunis pejuang kemerdekaan. Inilah padah berbelit dengan Mazhab Umno ini!

SPR yang berbelit dengan Umno satu lagi contoh golongan tiga suku dan keras kepala. Apa sahaja kesilapan dalam pilihanraya tidak mahu mengaku. Bukti telah didedah berlonggok-longgok, akhirnya bila terdesak dan kemalu-maluan, yang dipersalahkan ialah para kerani dan penolong pendaftar! Senanglah jadi bos kalau begitu, salah semua kerana kuli! Yang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tu tak pernah salah ke walaupun paling banyak melebong? Ini, dalam orang sibuk dengan isu Mat Indra, mungkin ada sesuatu yang sedang dilakukan oleh SPR demi memenangkan tuannya Umno? Bukan boleh percaya! Boleh percaya kepada Aziz dan Wan Ahmad tu? Tak boleh!

So bagi pihak PAS pulak, janganlah bersibuk sangat dengan Mat Indra, tengok jugak SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tu. Rasanya dah semakin sesak PATI dalam daftar pemilih? Tututan 8 perkara perlu dipertegaskan sepanjang masa, Jangan biarkan Umno mengarahkan SPR menerima satu atau dua tuntutan Bersih 2.0 sahaja atau tuntutan BERSIH 2.0 akan dibakul-sampahkan. Terima dan laksanakan 8!

Sudah banyak penyelewengan dan kepincangan proses pilihanraya yang didedahkan oleh PR terutama Pemuda PAS. Apakah yang didedahkan itu telah diambil tindakan atau telah diatasi atau SPR dan JPN masih pekak badak?

Berhati-hati-hati melayan isu Mat Indra, kerana nampaknya, ia telah menjadi isu paling lama dimainkan oleh Umno dan medianya. Masyarakat luar bandar masih belum menerima penjelasan para pemimpin PAS terhadap apa yang sebenarnya Mat Sabu ceramahkan tentang Mat Indra. Penjelasan masih belum sampai kepada mereka. Mereka masih percaya kepada surat khabar Umno dan media pencacai.

Rakyat luar bandar dan FELDA telah semakin hilang fokus dan terlupa kepada kekotoran daftar pemilih pilihanraya, masalah undi Pos dan 6 perkara yang lain itu. Mereka sememangnya mahu dijauhkan oleh Umno dari membicarakan masalah yang menekan kehidupan ia itu BN = Barang Naik sekarang. Umno jugak mahu mereka (rakyat) melupakan masalah queen qontrol di Putrajaya dan cincin RM24 juta keborosan yang mahu bergelar FLOM itu!

Oleh itu dalam keadaan ramai yang tersasul dan tersasar macam puak-puak yang menggelarkan mereka Prof, dalam keadaan mereka yang berbelit dengan Umno buat pekak badak kepada sebarang penjelasan Pakatan Rakyat, dalam keadaan SPR dan JPN terus membisu dan sasau, Pakatan Rakyat harus kembali menyusun dan menyelaras strategi secara bersama untuk mempertahan, menyerang dan menyebar luas segala isu yang berbangkit. Buku jingga jangan dibiarkan sunyi dan bisu. Proses meringkas dan menipiskannya untuk edaran khas di luar bandar dan FELDA secara meluas perlu dilakukan segera sebelum pilihanraya ke 13 tiba.


No comments: