Followers

Thursday, September 08, 2011

Beginilah jika bahagian pengurusan Islam bermentaliti Umnoputra!

Memang beginilah kalau pihak pengurusan Agama Islam di negara ini jika telah dihinggapi mentaliti Umnoputra. Yang penting bangunan tinggi, menara 15 tingkat-lah, Menara Warisan-lah dan macam-macam menara lagi. Ramai golongan mualaf yang terbiar dan terkontang-kanting biarkan! Ramai yang fakir dan miskin mengikat perut, biarkan! Ramai para pelajar yang kelaparan, biarkan! Yang penting menara bertingkat-tingkat! Yang penting bilik hawa dingin! Yang penting oejabat yang canggih!


Apakah puak-puak ini masih tidak sedar? Masih tiada perasaan atau sudah hilang sensitivity atau telah benar-benar tiada ‘kemaluan’ apabila ada lagi umat Islam yang terpaksa mengemis kepada gereja kristian? Kamu yang berada di bahagian pengurusan agama Islam kan semuanya berkelulusan agama, masih tak sedar-sedar lagikah apa yang sepatutnya menjadi prioriti walaupun pembinaan bangunan itu bukan menggunakan wang zakat?


Janganlah nanti pihak pengurusan agama Islam menjadi seperti harapkan pagar, pagar makan padi! Siapalagi yang hendak diharapkan jika ada umat Islam yang masih murtad? Cukuplah bahagian pengurusan agama Islam bermentaliti Umnoputra….akan jahanam dakwah Islamiah!


Bantuan untuk asnaf, bukan menara 15 tingkat


SEREMBAN, 7 Sept: Di tengah-tengah masyarakat membincangkan peranan institusi zakat dalam membantu umat Islam yang memerlukan bantuan untuk hidup, tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mahu membina menara 15 tingkat sudah tentu mendapat bantahan.


PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan jenteranya untuk membantah tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mainn) yang bercadang untuk membina menara 15 tingkat kerana ia bukan keperluan umat Islam sekarang.


"Umat Islam di negeri ini sekarang memerlukan bantuan Mains untuk membebaskan golongan asnaf penerima zakat dan bukannya menara yang tinggi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani kepada Harakahdaily.


Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Kamal Amran Kamarudin mengumumkan Mains akan membina sebuah menara 15 tingkat yang akan dikenali sebagai sebagai Kompleks Mains bertujuan akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.


Bagi Taufek, golongan asnaf (orang yang layak menerima zakat) sangat memerlukan bantuan dari Mains untuk menerukan kehidupan mereka.


Menurut Taufek, beliau pernah membawa isu ini di DUN Negeri Sembilan namun Menteri Besar menjelaskan, wang yang akan digunakan bukan wang zakat tetapi wang keuntungan dari projek yang dibuat oleh Mains.


Menurut Taufek, Mains mempunyai tiga sumber pendapatan iaitu zakat, sumber am dan wakaf.


Namun walaupun tidak digunakan wang zakat untuk membina menara itu, beliau masih bertegas Mains tidak perlu membina menara itu buat masa sekarang.


"Saya akui, Mains memerlukan bangunan untuk menyatukan aktivitinya yang bersepah-sepah namun tidaklah sampai membina menara tertinggi di Seremban," kata Tafufek.


"Apa salahnya, Mains membantu golongan asnaf ini dengan memberikan bantuan modal untuk berniaga kecil-kecilan, misalnya menjual goreng pisang, menjual buah atau menjual burger misalnya daripada berfikir untuk membina menara 15 tingkat.


"Tambahan lagi ketika umat Islam berbincang soal ada antara mereka terpaksa menerima bantuan dari pihak lain termasuk gereja untuk hidup, apa rasionalnya Mains mahu membina menara," kata Taufek kepada Harakahdaily.


Beliau mengganggap, buat masa ini tidak ada keperluan untuk Mains membina menara itu kerana di Negeri Sembilan sekarang ini kerana kegiatan hartanah di ini belum sampai ke peringkat keperluan untuk projek seumpama itu.


Ekoran itu, beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Pakatan Rakyat bagi membincangkan tindakan bersama.


"Di samping itu, saya akan meminta pihak Lajnah IT kita membina prasarana termasuk Facebook untuk menjelaskan isu ini," kata beliau lagi.


Sumber:Harakahdaily

No comments: