Followers

Thursday, September 29, 2011

Bagaimana ya kalau ibubapa dan pelajar tidak halal ?

Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang dalam siri program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Vistana Kuantan di Negeri Pahang sana, jika benar menjadi medan ceramah dan tempat edaran risalah politik fitnah maka ia seharusnya menjadi beban yang tidak pasal-pasal terpaksa digalas para peserta iaitu yang terdiri daripada guru-guru dan para pegawai Jabatan Pelajaran.


Beban berat yang pasti ialah, bagaimana jikalau diwaktu yang sepatutnya guru-guru itu mengajar, kerana itu waktu persekolahan, ibubapa dan para pelajar tidak menghalal gaji yang mereka perolehi waktu mendengar ceramah fitnah itu? Fuhh...berat masalah tu cikgu!


Musykil: Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) Biarkan Risalah Hasutan Di Edar Dalam Program Anjurannya Di Hotel Vistana Kuantan Semalam !!


KUANTAN, 29 Sept - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) digesa tidak menjadikan bidang perguruan dan pendidikan sebagai alat untuk tujuan politik mana-mana pihak. Ini berikutan tindakan mereka membiarkan edaran risalah berbaur hasutan yang memburukkan pembangkang (Pakatan Rakyat) semasa program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Vistana dekat sini semalam.


Program sehari itu dirasmikan oleh YB Dr.Mohd Fuad Jarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran sendiri. Menurut sumber, antara penceramah jemputan pada majlis itu ialah Prof. Dato' Dr.Siddek Baba, Profesor Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Difahamkan, pihak JPNP selaku penganjur telah memaksa lima orang guru dari setiap sekolah di seluruh negeri Pahang untuk hadir ke program berkenaan.


Apa yang mendukacitakan ialah program yang kononya atas nama Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang berbentuk ilmiah itu akhirnya jadi gelanggang pihak tertentu untuk menabur risalah fitnah yang berniat jahat terhadap pemimpin pembangkang di negara itu. Apa yang berlaku sungguh mengukacitakan dan amat memalukan seluruh warga pendidik itu sendiri. Tindakan biadap dan keterlaluan untuk kepentingan politik kepartian tidak wajar dibawa ke dalam program seperti itu. Apatah lagi mereka yang hadir adalah bertujuan untuk mengambil ilmu berguna tentang pendidikan itu sendiri.


Selain bahan risalah yang memburukkan pakatan Rakyat serta VCD, pihak terbabit juga dipercayai telah mengadakan ceramah yang bukan untuk pemantapan guru tapi penuh tohmahan kepada Pakatan Rakyat. Program tersebut diadakan pada waktu sekolah dan ia telah mengakibatkan guru terpaksa tinggalkan pelajar mereka semata-mata menghadiri program itu.


Sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/

1 comment:

Muhyiddin Yasin said...

Nak maklum pada Puad Zakar She.
Buatlah macamana pun 80% guru akan mengundi PR. 20% lagi bersama UMNO, kaki bodek yang gile pangkat tapi tak naik pun.