Followers

Thursday, September 01, 2011

Awas, dalam isu ini media terlalu menguasai keadaan !

Dalam keadaan orang Melayu di kawasan luar bandar dan felda masih bodoh berpolitik dan media pencacai Umno menguasai keadaan yang mampu membentuk persepsi umu secara meluas maka isu serangan rumah pasong di Bukit Kepong perlu diselesaikan segera. Media pencacai Umno yang telah mampu memesong fakta sebenar, dikhuatiri akan berjaya menanamkan rasa cuak masyarakat Melayu berkenaan, kepada PAS.

Walaupun fakta yang dinyatakan Mat Sabu itu betul dari segi sejarah dan logik namun kedangkalan pemikiran politik masyarakat luar bandar yang ramai, yang masih sensitif dengan apa yang dipanggil komunis tidak boleh dinafikan kesannya. Kesan yang besar sedang cuba dibentuk oleh media pencacai untuk 'mencederakan' PAS yang tidak ada media yang meluas untuk menerangkan apa yang dimaksudkan oleh Mat Sabu.

Adalah tidak strategik bagi Pas untuk memanjangkan isu ini disaat-saat hampir dengan pilihanraya. Isu seumpama ini hanya boleh dibangkitkan sebaik selesai pilihanraya. Jika Pas ada media yang meluas, tidak menjadi masalah, tetapi Harakah tidak mampu untuk menjadi media bagi maksud menerangkan apa yang Mat Sabu maksudkan secara meluas!

Aku sempat meninjau beberapa lokasi tumpuan di luar bandar mengenai isu ini, ramai juga orang kampung yang mengeleng kepada sambil merungut, 'apalah Mat Sabu ni!'. Mereka tidak tahu apa yang Mat Sabu ucapkan yang sebenar-benarnya! Hingga ke saat ini nampaknya media Umno terlalu menguasai keadaan dalam isu ini!

Tindakan bijak harus dilakukan segera oleh Pas dalam isu ini.




1 comment:

BZ said...

Bagus juga kalau dapat memberi
penerangan kepada orang melayu luar
bandar dan orang felda.Sekurangxnya
dapat menyedarkan segelintir dari
mereka.Tapi yang patut dititikberakkan adalah golonganx
muda yang akan mencecah umur untuk
mengundi.Merekax inilah yang mesti
di"guard" selalu.Tentang orang melayu
luar bandar dan felda merekax ini
telah di"brain wash" sejak dulu lagi
dan agak sukar untuk mengubahnya.
Contoh seorang rakan berumur sekitar 60an yang rumahnya bersebelahan dengan Markas PAS,
masih tidak boleh berubah walaupun
selalu mendengar caramah PAS tentang isu semasa (rumah teres Taman Rakyaat Kamunting).