Followers

Tuesday, September 13, 2011

Antara dalil UMNO 'penjajah'!

Semenjak Zainal anak Kling dengan majlis apa yang dipanggil Majlis Prof(?) yang kemudian disokong oleh Mamak Bendahara Tua yang dah pencen, orang yang dikatakan merepek oleh Prof Aziz Bari, iaitu mengenai isu konon Malaya tidak pernah dijajah, setiap hari pelbagai polimik dan pandangan tersembur keluar mengenainya.


Malaya tidak pernah dijajah oleh British, itulah maksudnya oleh Zainal anak Kling and d gang!


Aku tidak kisahlah mengenai hipotesis (?) konon Malaya tidak penah dijajah itu kerana bagi aku akhirnya fakta sebenar akan tetap muncul terutama apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti. Cuma bagi aku, kalau betul pun Malaya tidak pernah dijajah, namun Malaysia yang ada ini tetap pernah dijajah dan penjajahan itu masih berkekalan sehingga hari ini.


Kalau bukan British yang menjajah, maka Umno dan BN-lah penjajah Malaysia sebenarnya. Dalil?


1. Akta Darurat masih lagi belum dimansuhkan oleh UMNO-Bn. Maknanya rakyat masih belum bebas dari suasana darurat.

2. Akta keselamatan Dalam negeri (ISA) adalah ancaman kepada kebebasan bersuara, berpolitik, berlainan pandangan dengan kerajaan UMNO-BN dan demonstrasi oleh rakyat.

3. Media massa yang bertentangan dengan kerajaan UMNO-Bn dikawal ketat sehingga ada yang diganggu permit penerbitan. Ancaman dan gangguan yang diterima oleh Harakah dan Suara Keadilan sebagai contoh. Permohonan untuk mengwujudkan atau mendapat ruang siaran di radiodan TV dari suara pembangkang terus dihalang dengan ketat.

4. Suruhanjaya Pilihanraya terus dikawal ketat oleh kerajaan UMNO-Bn sehingga pilihanraya di Malaysia menjadi tidak adil dan kotor buat parti-parti yang bukan UMNO-BN. Suruhanjaya Pilihanraya bagaikan hak mak bapak UMNO-Bn, mereka boleh buat ikut suka yang hendak dilakukan terutama dalam masalah daftar pemilih yang masih belum bersih hingga ke hari ini, undi Pos yang cacat dan tidak adil, tempoh berkempen yang hanya sesuai untuk Umno-Bn, media yang disekat untuk Pakatan Rakyat, rasuah pilihan raya dan seumpamanya. Tidakan ini bagaikan sama dengan tindakan si penjarah atau penjajah!

5. Menawan dan menakluk rakyat dengan masalah pelbagai cukai dan hutang yang keliling pinggang – hutang rumah, hutang kereta, hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi, hutang bank, hutang kredit kad, hutang barang makanan yang semakin naik harga dan pelbagai lagi yang seumpamanya sehingga rakyat tidak berupaya untuk menentang ketidak-adilan dan tekanan akibat dari terpaksa bergantung dan mengemis ihsan kerajaan Umnoputra-BN.

6. Kerajaan Umno masih tidak ikhlas dan berbelit-belit dalam menghapuskan PPSMI di sekolah-sekolah dan IPT. Kecenderungan untuk membuka ruang agar bahasa penjajah Inggeris terus dominan dalam sistem pendidikan masih memuncakkan nafsu Umno yang dikatakan kononnya parti pembela umat Melayu itu!

7. Kerajaan Umno-Bn telah menyembunyikan fakta sejarah yang sebenar. Pejuang-pejuang kemerdekaan yang bukan dalam kalangan Umno dianggap bukan pejuang kemerdekaan! Hanya dari Umno sahaja pejuang! Inilah antara contoh perangai penjajah!

Demikian antara dalil bahawa Umno-Bn adalah ‘penjaja’h Malaysia yang sebenarnya!


No comments: