Followers

Thursday, September 22, 2011

Woi, orang yang ada seorang Umno kata dia anak paria, berkata Umno setuju laksana Hudud?

Muhyiddin anak Yasin berkata Umno setuju dengan hukum hudud tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa ini. Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.

Satu percakapan yang indah dari salah seorang pemimpin Umnoputra tetapi berdasarkan pengalaman yang lalu dan kini, berhubung kata-kata para pemimpin Umnoputra, maka kata-kata itu penuh dengan kepura-puraan.

Katanya Umno setuju tetapi Malaysia belum bersedia! Masalahnya sudah 54 tahun merdeka dengan diperintah oleh Umno/Bn sehingga ke hari ini, tiada ternampak satupun usaha secara ikhlas dan sistematik untuk menjadikan Malaysia bersedia melaksanakan hudud. Mana seminar mengenai hudud? Mana Dailog mengenai hudud? Mana forum mengenai hudud? Mana bab hudud dalam sistem pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan? Tiada! Umno tidak buat apa-apapun untuk memahamkan hudud kepada rakyat!

Para pemimpin Umno mengutuk dan memperlekehkan sistem hudud dan sistem Islam, ada! Contoh dalam kempen PRK Dun Tenang di Johor ada seorang pemimpin Umno yang bersetuju dan menggalakkan kempen Soi Lek yang mengutuk sistem negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS!

Kalau Muhyiddin anak Yasin ikhlas dengan kata-katanya, maka benarkan sekarang para penceramah memberi kuliah-kuliah mengenai sistem perundangan Islam dan hudud di masjid-masjid dan laksanakan bab hudud secara detail dalam sistem pendidikan untuk kefahaman generasi muda Malaysia. Dan sebagai salah seorang pemimpin kerajaan Pusat, Muhyiddin anak Yasin perlu memujuk Najib untuk membenarkan kerajaan Kelantan melaksanakan sistem itu. Jika tidak, Muhyiddin anak Yasin sebenarnya bercakap politik yang tidak bertanggung-jawab, yang sekadar mahu memberi alasan yang penuh hipokrasi .

Berapa lama lagikah mahu menunggu Malaysia bersedia melaksanakan hukum hudud jika Umno tidak membuat apa-apa untuk itu? Atau kita perlu tunggu 54 tahun lagi untuk hanya mendapat penerangan mendalam mengenai hudud kepada rakyat! Itulah Umno dan itulah cara para pemimpin Umno berkata-kata dulu, kini dan mungkin selamanya!

No comments: