Followers

Tuesday, September 27, 2011

3 buah pulau lagi akan ikut nasib Pulau Singapura dan Pulau Batu Putih?

Adalah sungguh pelik dengan sikap dan perangai kerajaan Umno/Bn terutama di bawah kepimpinan Najib Rosmah. Mereka memerintah negara secara sambil lewa, main-main dan untuk kepentingan diri mereka masing-masing agaknya. Perangai ini jelas dari dapat dilihat dari khabar yang didedahkan oleh Pemuda PAS Sabah, mengenai usaha ke arah penjualan 3 buah pulau di Sabah iaitu Pulau Mengalum, Pulau Pandanan dan Pulau Montukod yang diberitakan diiklan di www.privateisland.com.

Jika benar khabar ini iaitu tiga buah pulau itu adalah milik individu dan akan dijual kepada pasaran antarabangsa seperti yang didedahkan oleh Pemuda PAS Sabah maka ini menunjukkan bahawa kerajaan Umno/Bn pimpinan Najib Razak telah terlalu banyak memperlecehkan kedaulatan negara. Apakah yang ada dalam kepala otak kepimpinan Umno/Bn baik di semananjung mahupun yang di Sabah sehingga 3 buah pulau strategik itu boleh menjadi milik individu selama ini dan usaha mahu menjual pulau itu konon tidak boleh dihalang!

Apa punya bangang kepimpinan sebuah kerajaan berdaulat hingga tergamak membiarkan tanah air kedaulatan negara bakal terlesap, mungkin kepada orang asing yang tidak ada taat setia kepada negara ini! Tiada jaminan itu tidak berlaku jika pulau-pulau itu dijual!

Hilangnya sensitiviti dan jiwa lemah kepimpinan Najib Razak dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia ini, sangat memalukan jika 3 buah pulau ini terus terjual kepada kepada orang asing. Bagaimana kalau orang yang bakal membeli pulau-pulau yang diiklan untuk dijual itu, adalah proksi sebuah kuasa asing yang akan menjadikan pulau-pulau itu sebagai pulau strategik dalam melaksanakan 'pertahanan hadapan' startegik mereka?

Dan apa guna Malaysia beria-ia menuntut kepulauan Spartly kalau 3 buah pulau di Sabah itu dengan mudah bakal terjual kepada pihak lain? Berebut pulau di Sparty yang sayup mata memandang dan terlalu kabur harapan mahu memiliki sebahagiannya tetapi membiarkan 3 buah pulau didepan mata, bakal terjual tanpa di sekat ! Inilah pemerintahan yang paling 'cerdik' sebuah negara merdeka oleh sebuah kepimpinan apa yang disebut konon ketuanan Melayu!!

Apa punya lemah dan bodoh daaa!

No comments: