Followers

Sunday, August 21, 2011

Taik!

Boleh percayakah? Heh...sepupu sapa dia ni!

Tiada Kompromi Kelayakan Pengundi: Hishammuddin


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad berkata kerajaan mempunyai pendirian yang jelas dan tegas dalam soal kelayakan untuk berdaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Beliau berkata walaupun proses permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan daftar lewat kelahiran diselesaikan dengan segera melalui penambahbaikan sejak lebih dua tahun lalu, ia tidak melibatkan perubahan dasar dan syarat-syarat peruntukan undang-undang serta peraturan sedia ada.

Kementerian juga mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengemas kini rekod-rekod warganegara Malaysia yang sah dan berdaftar sebagai pengundi awal minggu lalu, selaras dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Hishammuddin berkata langkah mengemas kini rekod di bawah kementerian yang dikendalikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memastikan rekod kedua-dua pihak antara JPN dan SPR dapat diselaraskan dan pada masa yang sama dapat dikemas kini dengan segera dan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang salah tafsir atau salah faham oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata kementerian dan JPN perlu melipatgandakan usaha dan memastikan wujudnya sistem yang telus dan memuaskan semua pihak, dan mahu agar pangkalan data yang menyimpan permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan daftar lewat kelahiran dapat dikemas kini dan menunjukkan status semasa dengan tepat.

Mengenai jawatankuasa itu, Hishammuddin berkata keputusan Kabinet untuk menerima cadangan penubuhannya adalah langkah terbaik untuk menjawab dan menangani segala bentuk persoalan dan tuduhan yang selama ini dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata ia juga merupakan peluang terbaik untuk menonjolkan peranan ahli-ahli Parlimen muda dalam negara untuk mengemukakan pandangan serta buah fikiran mereka khususnya mengenai penambahbaikan proses pilihan raya memandangkan mereka adalah suara yang akan mewakili generasi masa depan.

"Perubahan yang akan diputuskan kelak akan memberi kesan langsung terhadap proses dan kaedah kerja yang diamalkan selama ini termasuk oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Apa yang boleh dan tidak boleh dibuat sepanjang tempoh kempen pilihan raya juga perlu diputuskan berdasarkan keputusan yang akan dibuat kelak.

"Setelah kesemua cadangan berkenaan diluluskan, adalah penting agar semua jabatan dan agensi terlibat membentuk kerjasama rapat antara satu sama lain bagi memastikan segala keputusan yang dicapai dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Hishammuddin berkata jawatankuasa itu juga merupakan platform terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pihak kerajaan tidak mempunyai apa-apa perkara yang perlu diselindung.

"Kita senantiasa menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan sama ada kita masih diperlukan atau tidak. Di atas asas dan keyakinan itulah kerajaan merasakan rakyat perlu mendapat gambaran yang tepat serta tidak mudah terpedaya dengan dakwaan-dakwaan tak berasas," katanya. - BERNAMA


2 comments:

Nizar said...

salam ziarah n follow... http://nizar-coretanku.blogspot.com

Anonymous said...

cakap penipu.......