Followers

Friday, August 19, 2011

Kereta tak rosak tapi kena baiki?


Baru tahu rupanya selama ini yang memerintah negara tidak berasaskan kehendak rakyat yang sebenar? PM yang kata ni!

Apabila Perdana Menteri berkata, “Kita boleh melakukan yang terbaik dan perbaiki proses pilihan raya. Kita tidak takut kepada pembaharuan tetapi ingin memastikan siapa yang memerintah negara mesti berasas kehendak rakyat sebenar," tidakkah boleh difahami bahawa, pihak yang memerintah negara selama ini tidak berasas kehendak rakyat sebenar? Habis kehendak siapa ya?

Dalam proses demokrasi, kalau keputusan pilihanraya bukan ikut kehendak rakyat yang sebenar tidakkah itu songsang namanya?

PM berkata penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen, tidak bermakna pilihanraya songsang! Kalau dah pilihan raya tidak songsang, maknanya okaylah pilihan raya itu! Dah tu kenapa nak buat pembaharuan agar sistem pilihanraya lebih baik? Untuk buat lebih baik juga bermakna yang sebelum-sebelum ini kurang baik kerana mungkin ada cacatnya.

Jadi baiki buat apanya kalau tak songsang? Kereta tak rosak tapi perlu dibaiki…gila namanya!

Maknanya ada kesongsanganlah tu apabila kerajaan Umno nak baiki benda yang tak rosak, tak songsang! Baiki buat apanya benda yang tak songsang?

Cakap sahajalah apa yang BERSIH 2.0 tuntut dan Pakatan Rakyat sedang bongkar kini memang membuktikan kesongsangan pilhanraya yang diuruskan oleh yang bernama Aziz dan Wan Ahmad, dua ekor agen Umno itu, demi kepentingan kuasa politik Umno yang kian lemah!!

Suruh orang fahami Al-Quran, tapi bercakap kluk-klek! Apalah!!!

KLANG 17 Ogos – Datuk Seri Najib Razak menegaskan keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya bukan bermakna perjalanan pilihan raya di negara ini songsang.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut mencerminkan keikhlasan kerajaan untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini selain membuktikan kerajaan sedia membuat pembaharuan agar sistem pilihan raya lebih baik.

“Ini bukan pengakuan tidak langsung menyatakan pilihan raya songsang dalam negara kita. Kalau songsang, kita tak serah Selangor kepada pembangkang. Kita kalah pada pilihan raya lalu tetapi kita pinjamkan sementara sahaja kepada pembangkang.

.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pangsapuri Seri Perantau, Selat Klang, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Najib berkata, beliau sebagai Perdana Menteri berasa amat bertuah kerana penduduk di negara ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni berbanding rakan sejawatannya di Britain yang baru berdepan rusuhan.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat agar tidak memperkecilkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi sekarang.

“Saya dapat merasakan perasaan rakan saya, PM (Perdana Menteri) Britain (David Cameron) yang berdepan dengan rusuhan. Bukan sekali tetapi menjangkau beberapa hari dalam sebuah negara yang dulunya menjajah kita yang dianggap sebagai negara yang telah membawa kepada amalan demokrasi berparlimen.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri Britain menyatakan bahawa masyarakat negaranya sudah dinodai akhlaknya yang membawa kepada masyarakat yang banyak penyakit," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan hasrat rakyat setempat sebagai mana yang disuarakan oleh UMNO Bahagian Kapar agar kerajaan membuka Kedai Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia.

Katanya, ini adalah bagi memberikan kemudahan kepada hampir 50,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang.

Selepas berbuka puasa dan mengerjakan solat Maghrib di Surau An-Nur di pangsapuri berkenaan, Najib kemudian beredar ke Masjid As-Syaadah di Bandar Sultan Sulaiman untuk menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.

utusan.com.my

1 comment:

Anonymous said...

Barangkali PM kita ni macam Mat Rempit, motor dia cilok dari tepi jalan, kemudian dia kata motor dia elok macam baru keluar dari kedai.