Followers

Tuesday, August 02, 2011

Pengkhianat dan musuh negara tidak lagi berada dalam hutan....

Kalau dulu musuh dan pengkhianat kepada kedaulatan negara berada di dalam hutan tapi kini mungkin tidak lagi. Dengan terbongkarnya kes seorang penduduk tetap, berstatus penduduk tetap pada sebelah pagi, berubah kepada status warganegara pada sebelah petang mengukuhkan sangkaan umum bahawa musuh dan pengkhianat negara berada hampir dengan pejabat Perdana Menteri, di tengah-tengah pusat pentadbiran negara!


Apakah bukan musuh negara ini, apakah bukan pengkhianat negara ini, jika seorang Penduduk Tetap diberi status warganegara pada sebelah petangnya yang dapat dikesan dalam WEB SPR? Apakah Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR ‘buta’ untuk melihat hal ini atau memang hal ini disengajakan malah mungkin bertimbun lagi kes-kes seumpama ini melalui proses kerja laknat yang mampu mengancam keselamatan negara dan merampas hak asasi rakyat Malaysia bagi hanya semata-mata mahu menjamin kuasa kemaruk Najib-Rosmah?


Mereka yang menganggotai SPR pada hari ini memang tidak layak untuk menguruskan pilihanraya adil kerana semua mereka adalah abdi kepada satu kuasa kemaruk yang akan melakukan apa sahaja. Apabila SPR asyik berkata mereka tiada kuasa untuk buat itu dan ini ke arah pilihanraya yang adil, sudah cukup menjadi bukti bahawa mereka yang berada dalam SPR itu bukan pihak yang berkecuali, bukan pihak yang adil dan mereka tidak layak berada di situ.


Kita juga bimbang apakah dalam pejabat Pendaftaran Negara itu terdapat pengkhianat dan musuh-musuh negara yang sedang melakukan kerja yang mampu menjahanamkan negara ini?


Siapa sebenarnya musuh negara ni? Rakyat yang tuntut pilihanraya adil atau siapa? Adalah malang dan memang malang bagi negara ini, jika dalam keadaan daftar pemilih pilihanraya bertimbun dengan warga asing yang dijelmakan sebagai pengundi, Parlimen diterima dibubarkan. Malang bagi keselamatan dan hak asasi rakyat!


Dengan isu seumpama ini seluruh rakyat baik dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional yang cintakan negara ini harus vokal menentang dan tidak bertolak ansur dengan segala bentuk pengkhianatan demi keselamatan negara dan rakyat, bukan demi keangkuhan kuasa para pemimpin dan kroniUmno/Bn.


1 comment:

Anonymous said...

PDRM khususnya Cawangan SB yang bertanggung-jawab atas "keselamatan negara" wajar faham apa maknanya membuka pintu kewarganegaraan kepada hampir 2 juta PATI.Yang pakai baju kuning Bersih tu adalah warga negara tulin,sekadar mahukan pilihanraya adil.Siapa yang bertanggung-jawab sebenarnya "mengancam" keselamatan negara?Profesionallah sikit,jangan berterusan jadi kuda tungangan.Kenal pasti siapa sebenarnya "musuh negara".