Followers

Tuesday, August 09, 2011

Buta dan pekak yang dibuat-buat serta sombong, mampu menjahanamkan negara!


Kalau nak ikutkan usia, sebenarnya belumlah tua sangat, tapi dari kelaku dan wajah Umno/Bn kini, kelihatannya macam sudah terlalu amat tuanya. Maka itu, hari demi hari kerajaan Umno/Bn yang diterajui oleh Najib dan Rosmah Mansor sudah jelas kelihatan hilang ciri-ciri penglihatan yang jelas dan pendengaran yang lawas. Kalau dalam istilah yang agar mudah, hakikatnya kerajaan Umno/Bn itu, hari demi hari semakin rabun dan tuli.


Kalau buta dan pekak kerana penyakit kencing manis atu demam panas tak apalah juga kerana mungkin telah ditakdirkan. Ini buta dan pekak yang sengaja dibuat-buat yang akhirnya jadi buta dan pekak sungguh. Sombong dan berbelit-belit tak usah kiralah kerana memang itu yang mewajahinya selama ini. Begitulah analoginya!


Bukti kerajaan Umno/Bn semakin buta dan tuli ialah:

  1. Terdapat rakyat yang susah benar hendak mendapat bantuan Zakat, Baitul Mal dan Kebajikan Masyarakat sampai hampir nak murtad – kerajaan Umno/Bn tak nampak ke selama ini! Sharizat Jalil mana? Atau jawatan telah dirampas FLOM tiruan? Kejadian yang serumpama ini nak salahkan siapa? Tak kan nak salahkan Pakatan pula yang masih belum mengusai Putrajaya! Rakyat miskin nak naik ke pejabat Zakat, Baitul Mal dan Kebajikan Masyarakat pun takut dan pening kepala! Dalam hal ini kerajaan Umno/Bn cakap sahaja banyak nak dahulukan rakyat tapi hampas. Duit kerajaan Umno/Bn hanya turun dalam kempen pilihan raya – itupun dengan syarat pangkah Umno/Bn. Kerajaan Umno/Bn dan agensi mereka tak nampak rakyat fakir dan miskin hingga minta bantuan agama lain, itu namanya buta. Tak mendengar keluhan rakyat fakir, miskin dan setarafnya ertinya tuli! Tak endahkan mereka kerana lebih pentingkan cincin RM24 juta untuk seorang manusia, itu namanya bongkak!

  1. Rakyat rata-rata mengeluh mengenai kenaikan harga barang. Hari ini rakyat yang berpendapatan RM5000 yang beranak lima dengan potongan rumah, ansuran kereta, bayaran pelajaran anak-anak, keperluan makan pakai yang makin mahal dan seumpamanya adalah berada dalam kemiskinan. Jangan tengok angka kasar, tengok gaji bersih rakyat dalam negara 1Malaysia Darul Hutang ini. Kerajaan Najib dan rosmah ada kesah? Tak ada kesahnya! Bukti, harga minyak dunia turun harga minyak dalam negara tetap tak turun-turun. Dalam rakyat riuh rendah merungut dan mengeluh, jika sebuah kerajaan tidak nampak dan tidak mendengar nasib rakyat yang tertekan dengan kos hidup tinggi dan kadar pengangguran belia yang tinggi, maknanya kerajaan itu memang sudah buta dan tuli. Nak kata apa lagi?

  1. Dalam rakyat riuh rendah berarak kerana mahukan pilihan raya BERSIH yang jelas selama ini penuh dengan kekotoran dan banyak bukti penyelewengan terbongkar setiap hari, akan kerja-kerja haramjadah dan khianat di JPN dan di SPR, kerajaan Umno/Bn yang dikuasai Rosmah dan Najib terus buat tak kesah sahaja seperti mahu layan tak nak layan. Rakyat mahu yang lebih telus, murah ia itu dakwat kekal, dia nak membazir, nak buang duit lagi nak guna biometrik yang berkos tinggi! Kalau begitu sikapnya, tidakkah itu bongkak, zalim dan khianat? Kalau dalam riuh rendah rakyat ini, kerajaan itu masih tidak nampak dan tidak dengar bantahan dan rintihan, tidakkah itu namanya buta reluh dan pekak badak?

  1. Kerajaan Umno/Bn yang dikuasai Najib-Rosmah sering melaungkan mereka adalah kerajaan yang sensitif dengan perjuangan, rungutan dan nasib rakyat. Hakikatnya itu semua bohong dan tipu belaka. Buktinya dalam umat Islam gigih menyokong perjuangan Palestin dan pembebasan Masjidil Aqsa, selamba sahaja kerajaan Najib-Rosmah melantik penasihat yang ada hubungan dengan rejim haram ganas Israel iaitu APCO. Akibatnya para penasihat telah menjadi liar bagaikan haiwan haina yang tak terkawal. Lebih dahsyat lagi penasihat-penasihat yang tidak terkawal memberi idea 'bernas' kepada orang yang pendengaran tidak lawas dan penglihatan kabur serta otak lembap ialah apabila kerajaan Umno/Bn Najib Rosmah buat duit syiling baru ada lambang yahudi! Bukan sahaja Yahudi mudah masuk ke JPM tetapi telahpun menjadi lambang duit syiling baru Malaysia yang akan berada dalam setiap kocek orang Malaysia. Apa kejadahnya ni, sudah hilang ceriakah bunga raya, sudah patahkah bintang 14 hingga lambang yahudi digunakan? Sengaja atau tidak sengaja itu tidak penting, kemalangan besar telah berlaku kepada rakyat Malaysia yang mencintai perdamaian dan keadilan! Sudah butakah untuk melihat bahawa umat Islam negara ini menentang kerja-kerja jahat Yahudi Israel selama ini? Sudah pekak atau tulikah untuk mendengar tentangan rakyat terhadap rejim haram itu? Apa sudah jadi dengan kerajaan Umno/Bn pimpinan Najib-Rosmah hari ini, semakin mengarut, ego dan bodoh sombong ATAU dalam diam-diam memang sudah terlalu banyak ‘buat maksiat’ dengan kerajaan haram rejim haram itu?

Umno/Bn kian punah, semakin punah di bawah pimpinan Najib. Seluruh ahli Umno yang masih sayangkan Umno seharusnya memberi pengajaran yang tegas walaupun pahit kepada Umno dalam PRU ke13 nanti agar Umno dapat disedarkan jika ahli-ahli Umno tidak mahu Umno mati dan hilang di persada politik tanah air. Jika tidak Umno yang semakin banyak penyakit itu akan menuju ke tahap nazak yang sukar untuk disembuhkan. Ahli-ahi Umno dan orang-orang Melayu di kampung-kampung dan Felda buatlah pilihan sama ada mahu talqinkan Umno juga atau mahu sembuhkan Umno sebagai sebuah parti yang berintegriti, berdaya saing dan amanah!


Bagi kami tak kisah, jika Umno yang ada pada hari ini,; daripada ada, lebih baik mati sebab kesihan sangat tengoknya! Makin menjadi-jadi keuzurannya hingga semakin hilang fokus dan jati diri.


No comments: