Followers

Wednesday, August 10, 2011

Jual negara: Nak kata apa lagi kalau bukan jahat dan pengkhianat?

Kalau setakat jual berger, satay, murtabak dan nasi berlauk tak apa, boleh membantu meningkatkan pendapatan dan mampu menyumbang menjana ekonomi. Tapi ini 'jual negara'! Agaknya sudah tak ada apa yang hendak dijual, kini jual negara habis-habisan demi kuasa dan demi isteri yang berkuasa !

Rakyat tempatan yang cintakan negara sudah bagi tahu, sudah komplen, sudah demo aman, sudah tunjuk bukti, sanggup bagi bukti, cemas tapi tetap kerajaan Umno/Bn buat tak tahu! Bayangkan hampir 100,ooo warga asing bukan sahaja mendapat taraf kewarganegaraan malah berhak pula menentu kuasa politik negara! Negara ini sudah tidak selamat lagi buat rakyat tempatan! Negara ini memang benar-benar mahu dijual sekarang ini!


Warganegara: BN sedang jual negara

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 10 Ogos: Tindakan kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi merupakan tindakan bahaya kerana menjual negara sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa , berkata kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN.

Menurutnya, warga asing yang datang ke negara ini berbagai jenis serta latarbelakang hidup yang berbeza.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi.

“Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan.

“Namun ianya berbeza di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka,”ujarnya .

Tegasnya, kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu.

Menurut Husam, mereka hanya berminat untuk menjadi warga Negara dan bukannya sebagai pengundi, tetapi tiba-tiba pula mereka didaftarkan sebagai pemilih.

Menurutnya lagi, hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya.

Beliau menambah, konspirasi itu begitu membahayakan negara ini kerana ianya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu parti-parti politik khususnya dari Pakatan Rakyat perlu merangka gerakerja yang lebih terkehadapan bagi menangi perkara ini.

“Ianya tidak begitu sukar memandangkan JPN sendiri telah mengakuinya sebelum ini berhubung pendaftaran terbabit,”ujarnya.

Beliau juga turut melahirkan dukacita di atas kegagalan JPN membuat kenyataan berhubung jumlah warga asing mengikut negara di samping tempoh permohonan sebagai pemilih sebelum ianya disahkan.

Katanya rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya.

Sumber: Harakahdaily

2 comments:

BZ said...

Jangan terkejut satu ketika kelak
kita akan berperang kerana negara
kita sedang diperhatikan dari TIGA
PENJURU.Musuh sudah berada didalam.
Jahanam Malaysia ini andai dibiarkan
berterusan.Tahap pertahanan kita
sudah diketahui.Keselamatan kita
senang dijualbeli.Pemimpinx kita
sudah bersedia untuk cabut lari.

otaklunyai said...

Ya Allah sesungghnya kami ini lemah dan tidak mampu melawan mereka yg zalim ini tanpa izin Mu Ya Allah... mereka yg zalim ini disokong oleh berbagai kumpulan yg jelas melakukan penyelewengan dan penipuan yg boleh menjejaskan maruah dan keselamatan masyarakat, agama Islam dan tanah air kami Ya Allah... Kami dengan segala kelemahan dan hina bermohon bantuan dari Mu Ya Allah supaya kami, anak-cucu kami dan negara kami diselamatkan dari fitnah oleh pemimpin2 kami sendiri yg berbuat zalim demi mempertahankan kuasa dan darjat mereka. Ya Allah Kau timpakanlah balasan yg setimpal dan Kau hinalah mereka ini agar menjadi pengajaran kepada masyarakat kami Ya Allah... Di atas segala KemuliaanMU, KebesaranMU, KegagahanMU, IhsanMU dan diatas keberkatan bulan yg mulia ini dan puasa hamba2 Mu yg teraniaya ini kabulkanlah doa kami yg terniaya ini Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.