Followers

Thursday, August 25, 2011

Jeng...jeng...jeng... satu lagi alasan Pak Pandir woi!

Sudah menjadi Suruhajaya Putarbelit Rakyat nampak? Masalahnya kalau ada parti yang daftar si mati (Umnolah tu!), kenapa kamu masukkan dalam daftar pemilih? Dah apa kerja kamu? Kata pengurusan kamu canggih dan cekap, tak kan tak boleh kesan nama yang hendak didaftar itu dah mati ke belum? Bila kena tekan, macam-macamlah alasan!

'Parti dakwa senarai kotor tapi cuba daftar si mati'


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengesahkan bahawa kira-kira separuh daripada mereka yang cuba untuk mendaftar sebagai pengundi, adalah tidak layak.

Malah, menurutnya, parti-parti politik yang sering mengadu daftar pemilih kotor, cuba untuk mendaftar "orang mati, orang bawah umur dan penduduk tetap".

"Parti-parti politik ini sepatutnya menapis terlebih dahulu orang yang mereka cuba daftar," katanya.

Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditanya
mengenai surat yang dikeluarkan pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman pada 22 Ogos yang mengkehendaki salinan MyKad pemohon disertakan bersama borang pendaftaran pengundi.

Dalam surat itu, Dzulkifli berkata "hampir 50 peratus" permohonan pendaftaran ditolak kerana pemohon telah meninggal dunia, mempunyai alamat tidak sama dengan kad pengenalan, telah mendaftar sebelum ini, bahkan ada yang merupakan penduduk tetap".

Untuk mengatasinya, mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan dengan salinan MyKad pemohon, akan terus ditolak.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Aziz berkata, syarat tersebut hanya boleh digunakan di Selangor kerana masalah tersebut paling teruk di negeri tersebut.

"Selangor mempunyai permohonan paling banyak daripada mereka yang tidak layak," katanya.

'PAS perlu semak dengan JPN'

Mengenai perkara yang berasingan, Abdul Aziz menjelaskan, caj RM200 jika bantahan terhadap daftar pemilih tidak berjaya, bukanlah satu "penalti' tetapi adalah satu bentuk "pampasan".

"Apabila bantahan dibuat, pendengaran dijalankan untuk pembantah
dan orang yang statusnya dibantah.

"Jika bantahan itu tidak berjaya, maka orang yang statusnya dibantah akan diberi pampasan kerana perlu menghadiri pendengaran tersebut," katanya.

Jumlah maksimumnya adalah RM200 dan ia diputuskan berdasarkan kepada kes-kes, kata Abdul Aziz ketika ditanya sama ada PAS perlu membayar penalti RM200,000 untuk 1,000 bantahan yang dikemukakannya.

malaysiakini


No comments: