Followers

Friday, August 19, 2011

JAIS perlu dakwa segera, jangan jadi POK DOGO!

Isu serbuan JAIS ke gereja di Damansara itu nampaknya semakin hangat dan menarik perhatian pelbagai pihak. Memang isu mahu memurtadkan orang Islam adalah isu hangat kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan negara malah ia sangat menggusar-berangkan umat Islam. Namun perkara dakwaan JAIS itu yang dikatakan hasil maklumat orang ramai, bahawa ada gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam telah berlaku, di lihat, didengari, diulas dan dibicara ramai.


Tak kiralah bagaimana serbuan itu dibuat, perkara itu telah pun berlaku dan tak mampu untuk di-‘rewind’-kan semula untuk dibuat pembetulan atau apa-apa. Cara dan pendekatan serbuan, jika dikatakan melanggar undang-undang, maka mahu tak mahu JAIS perlu mengambil iktibar untuk tugasan yang akan datang demi imej Islam yang mulia.


Namun demikian, di bahagian yang lain, JAIS tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mendakwa pihak yang didakwa cuba memurtadkan orang Islam di gereja itu. Panjang masa yang diambil oleh JAIS akan tersangka bahawa JAIS adalah sebuah agensi penguatkuasa agama yang tidak cekap, bercelaru serta tidak yakin dengan apa yang dilakukannya. Mengapa mesti dilihat begitu? Jika yakin dakwaan memurtadkan orang Islam itu benar-benar berlaku, segerakan tindakan tegas untuk memperlihatkan bahawa JAIS bukan ditunjuk oleh tangan-tangan ghaib di belakangnya akibat sebuah mainan politik kluk-klek murahan.


Masalahnya mungkin banyak pihak tidak yakin JAIS akan membuat dakwaan di mahkamah, cuma hanya akan membiarkan isu ini dipolimik oleh media dan pelbagai pihak untuk menghentam dan mengutuk satu sama lain. Apakah ini yang JAIS mahu?


Jika JAIS berani membuat serbuan, sudah pasti maklumat dan bukti-bukti yang JAIS perolehi diyakini sangat mencukupi, jika tidak JAIS tidak akan bertindak demikian. Maka itu jangan mengambil masa yang lama untuk membuat dakwaan di mahkamah. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, gunakan peruntukan undang-undang yang ada untuk bertindak mendakwa pihak-pihak berkenaan, kemudian biarkan hakim mahkamah membuat keputusan untuk keputusan itu dikaji kelemahan dan kekuatan, kekurangan dan kelebihan dan diambil pengajaran oleh semua pihak sama ada pihak berkuasa yang beragama Islam atau pihak yang bukan Islam.


Setakat yang ada pada hari ini, dakwaan di mahkamah adalah jalan terbaik menyelesaikan isu ini bukan bersikap huha-huha di sana sini yang menambah buruk imej Islam yang suci, namun hasil tidak ada apa pun…seperti kata orang penang..pi mai pi mai tang tu jugak!


Oleh yang demikian JAIS perlu membuat dakwaan mahkamah dengan segera tanpa mengambil kisah sebarang kecaman terhadapnya. Kecaman dari pelbagai pihak dalam hal ini adalah perkara biasa yang perlu ditangani dengan bijak bukan melalui kenyataan-kenyataan tidak cerdik dan emosi. Dan jangan kata masih tidak cukup bukti untuk membuat dakwaan kerana alasan itu menggambarkan malangnya sikap JAIS kerana sebuah tindakan yang gagal! Jika malang itu benar-benar berlaku, JAIS harus bertanya, siapakah yang menggagalkan peranan JAIS dan memburukkan imej agama yang mulia ini? Kini segala-galanya berada di tangan JAIS kecualilah ada tangan-tangan ghaib yang cuba menjadikan JAIS, POK DOGO-nya!


Terfikir juga, jika Umno melalui ahli-ahli Parlimennya, menyokong cadangan atau usul Akta Halang Murtad oleh PAS sebanyak empat kali di parlimen dahulu, mungkin perkara ini tidak akan berlaku! Tetapi Umno tetap Umno, sikap kepura-puraannya ada di mana-mana…dulu kini dan selamanya! Jadi JAIS bertindaklah dalam ruang-ruang yang ada! Untung sabut timbul, untung batu tenggelam!


No comments: