Followers

Sunday, August 28, 2011

Dakwat kekal...dakwat kekal...tak ada dakwat!!?


Dakwat kekal...dakwat kekal...tak ada dakwat, kapal tak sampai ke pelabuhan, entah hanyut ke mana tak dapat dikesan! Kapal ditawan lanun Somalia, dakwat kekal hitam dilarikan ke kubu-kubu orang kulit hitam itu! Syarikat-syarikat kapal tak mahu membawa dakwal kekal ke Malaysia kerana bimbang tertumpah atas kapal di musim tengkujuh, kerana dakwat itu kekal!! Rupanya kilang yang kita mahu tempah dakwat kekal telah ditutup dan kini hanya mengeluarkan dakwat tidak kekal yang tak boleh digunakan untuk PRU ini!! So? Sorry!

Entahlah...susah nak percaya puak-puak Umno ni, baik yang dalam Umno sendiri mahupun puak-puak Umno yang dalam SPR dan JPN. Hendak percaya macam mana kerana bagi Umno, kalau ulamak masuk politik mereka sama sahaja tarafnya dengan ahli-ahli politik lain dalam Umno cuma ada ilmu agama sahaja lebih sedikit! Tak percaya tanya seorang pemimpin AJK pusat Umno dari Melaker, kerana kenyataan ini dia yang kata begitu!


Balik kepada dakwat kekal, SPR hanya bercakap kebarangkalian menggunakan dakwat kekal setelah pihak Pakatan bertindak mahu memulau Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang hendak ditubuhkan sebaik sahaja mulut celupar Najib berkata pilihanraya tetap boleh diadakan pada bila-bila masa tanpa mengambil kira hasil Jawatankuasa itu! SPR hanya berkata akan kebarangkalian, tetapi Najib dan Umnonya tak kata apa pun! Apakah tuan besar SPR itu boleh menerima pendapat SPR dalam pada SPR selalu beralasan...’SPR tak ada kuasa...SPR tak ada kuasa?’.


Ini semua sebenarnya bohong dan cuba mempermain-mainkan semua orang sahaja! Kita bukan lagi berada di zaman pemerintah boleh main-mainkan kebijaksanaan rakyat tetapi pemerintah mestilah sentiasa ikhlas berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama.


Ikhlaskah kalau sehingga hari ini, Najib masih belum membatalkan cadangan sistem biometriknya yang mahal itu? Ikhlaskah kalau rakyat tidak setuju akan pembinaan apa yang dipanggil Menara Warisan, Najib dan Umnonya mahu bina jugak? Ikhlaskah, dalam rakyat tidak redha tanah Melayu KTM di Singapura diberi tanpa untung apa-apapun kepada Singapura, Najib dan kerajaan Umnonya bagi jugak? Memperlihatkan akan betapa bodohnya kerajaan Melayu Umno memerintah negara!! Memang puak-puak ini sudah hilang kredibiliti lagi untuk dipercayai termasuklah SPR, melainkan mereka menerima kesemua 8 tuntutan BERSIH 2.0 secara serius! Jika tidak, bullshit!!


BERSIH 3.0 perlu bersiap-sedia!


Dakwat Kekal: Jangan peristiwa 2008 berulang

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengalukan hasrat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.


Bagaimanapun, timbalan ketuanya, Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasrat itu jangan hanya sebagai menyedapkan hati rakyat sahaja seperti berlaku pada PRU ke-12 pada tahun 2008 dahulu.


"DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12.


"Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini,' katanya.


Beliau mengulas pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa sistem biometrik yang dipersetujui kerajaan untuk digunakan pada PRU akan datang lebih banyak masalah berbanding jika menggunakan dakwat kekal.


Sambil menyokong kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR, biliau berkata tindakan itu walaupun dilihat tradisional dan tidak menggunakan teknologi canggih, tetapi ia mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang.


Menyifatkan ianya sesuai di semua tempat sama ada di bandar atau di ceruk kampung, kos penggunaan dakwat kekal juga jauh lebih murah dari sistem biometrik.


"Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem." katanya lagi.


Lebih dari itu ujarnya, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali.


"Setidak-tidaknya, penggunaan dakwat kekal boleh selesaikan satu daripada beberapa isu terhadap sistem pilihanraya di Malaysia dan boleh meredekan seketika suhu kemarahan rakyat.


Selebihnya, SPR perlu berusaha keras memenuhi semua tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 nanti benar-benar adil dan bersih dari sebarang penipuan," tegasnya.


No comments: