Followers

Monday, August 29, 2011

Cheh...khianat betul Mat Sabu !


Ya....Mat Sabu pengkhianat kepada Umno! Kini kerana Mat Sabu,Umno bagaikan cacing kepanasan. Mengelupur! Muhyiddin dan segala hulubalang cangkul Umno mengecap Mat Sabu sebagai pengkhianat bangsa, pengkhianat negara, biadap, angkuh, alpa, buta sejarah, mengagungkan komunis, tidak sensitif dan ketandusan idea serta macam-macam lagi hingga tiada kata lagi yang boleh dikutip untuk cap Mat Sabu. Memang sesungguhnya Mat Sabu pengkhianat! Pengkhianat kepada Umno yang sedang ‘behave like crazy’!!


Sesungguhnya Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS itu pengkhianat kerana berceramah bersembur-sembur air liur, mengatakan apa yang dia katakan! Apa yang dia kata? Apa yang dihebuh-hebuhkan oleh akhbar-akhbar pencacai Umno! Ya…hanya dengan berceramah dan berkata apa yang dia dikatakan berkata, maka Mat Sabu adalah Pengkhianat Bangsa!!! Bagaimana pula dengan yang ini:


  1. Yang menjadikan PATI warga negara Malaysia dalam masa 2 jam?

  1. Yang mendaftarkan PATI sebagai pengundi dalam daftar pemilih pilihanraya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang terus buat bodoh?

  1. Yang mengaut-borong PATI untuk dijadikan alat mengekalkan nafsu dan kuasa haloba dengan mengenepikan peranan rakyat tempatan yang setia dan cintakan kepada negara?

  1. Yang menyerahkan Pulau Batu Putih kepada negara asing dengan begitu mudah dan secara tongong?

  1. Yang menyerahkan dengan tiba-tiba tanah Melayu KTM di Singapura kepada Singapura secara bangang yang tidak pernah dan tidak akan dibuat oleh mana-mana negara berdaulat dalam dunia ini?

  1. Yang menjadikan orang Melayu di kampung dan Felda sebagai bahan murahan yang boleh dibeli dengan nilai wang ringgit yang tidak seberapa dan menghina, setiap kali musim pilihanraya?
7. Yang menjalankan dasar membodohkan bangsa Melayu melalui
propaganda di media perdana untuk senang dijajah minda demi kuasa
politik yang curang?

  1. Yang tidak kisah apa yang berlaku di Pulau Pisang untuk akhirnya mendapat nasib yang serupa dengan Pulau Batu Putih ?

  1. Yang menghilangkan hampir 3 suku tanah simpanan Melayu dan masih belum berganti hingga kini?

  1. Yang menghilangkan berbillion saham bumiputra dan bangsa Melayu?

  1. Yang menghapuskan biasiswa yang diperuntukan oleh perlembagaan kepada bumiputra dan Melayu?

  1. Yang pernah membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk mengurangkan kuasa politik Melayu?

  1. Yang menyekat bantuan dan royalti minyak kepada negeri-negeri Melayu yang bukan dikuasai Umno/Bn?

  1. Yang menghumban ke longkang Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan negara Malaysia dalam semua bidang terutama dalam bidang pendidikan dan pelajaran (PPSMI)?

  1. Yang menghapuskan tulisan Melayu iaitu tulisan jawi dengan menggantikannya dengan tulisan rumi?

  1. Yang menolak beberapa kali cadangan atau usul Akta Anti Murtad di parlimen ?

  1. Dan banyak yang...yang lagi?

Nak kata apa kepada mereka yang begini? Bukankah ini lebih dahsyat dari apa yang Mat Sabu lakukan yang sekadar berucap dengan bersembur-sembur air liur sahaja? Bukankah ini sebenarnya pengkhianat bangsa, pengkhianat negara, biadap, angkuh, alpa, buta sejarah, mengagungkan komunis, tidak sensitif dan ketandusan idea atau sebenarnya mereka ini memang sebenarnya HARAMJADAH?


Kenyataan Mat Sabu Khianati Pejuang Bangsa, Negara - Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohamad membuat kenyataan itu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.

Muhyiddin berkata pemimpin PAS itu turut membuat kenyataan biadab dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan.

"Beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mohamad Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air," katanya.

Muhyiddin menegaskan Mohamad wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu.

"Beliau (Mohamad Sabu) lupa bahawa hasil perjuangan mereka (pemimpin Melayu), bangsa Melayu telah mendapat suntikan semangat dan kesedaran politik luar biasa untuk bangkit menentang penjajah Inggeris dan Malayan Union.

"Hasil sumbangan tokoh-tokoh besar pemimpin Melayu inilah, bangsa Melayu bangkit bersatu melalui persatuan-persatuan Melayu, yang kemudiannya melahirkan wadah Umno untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam," kata Muhyiddin.

Beliau berkata hasil perjuangan suci barisan pemimpin Melayu berkenaan, negara bukan sahaja mencapai kemerdekaan, malah kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak yang sah bagi kaum lain telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya perkara asas ini yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia yang merdeka, telah terpahat dalam perlembagaan dan terpelihara sehingga ke hari ini.

"Hakikatnya, penyatuan bangsa Melayu dan persefahaman murni dengan kaum-kaum lain yang dipelopori oleh pemimpin kita terdahulu telah membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan dalam masa yang singkat tanpa pertumpahan darah.

"Hakikat sejarah ini tidak boleh dipadamkan atau ditulis semula oleh sesiapapun," tegas Muhyiddin.

Muhyiddin menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah apabila beliau sanggup bersubahat dengan orang zalim dan pembunuh dengan mengagungkan komunis.

"Perjuangan komunis bukanlah untuk membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan. Sebaliknya, mereka hanya berminat untuk membentuk sebuah negara komunis dengan pemerintahan kuku besi," jelas beliau.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang mengingati dan memahami sejarah tentunya tidak lupa tentang keganasan komunis yang telah mencetuskan rusuhan, pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan perbalahan kaum sejurus selepas tentera Jepun menyerah kalah.

"Jika dilihat sejarah hitam kekejaman pemerintahan rejim komunis di beberapa buah negara di rantau ini sewaktu negara kita bergelut menentang kegiatan subversif Parti Komunis Malaya, kita pastinya bersyukur kerana rakyat berbilang kaum di negara kita telah memilih untuk tidak menyokong perjuangan komunis," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh, Ismail Mohamed hari ini membuat satu laporan polis di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor berhubung kenyataan Mohamad itu.

Dalam laporan itu, Ismail berkata kenyataan Mohamad itu menunjukkan beliau tidak sensitif dan ketandusan idea demi kesinambungan politik murahan pakatan pembangkang sehingga menidakkan kebenaran.

Pemimpin PAS itu juga menyifatkan Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis, adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis Bukit Kepong. BERNAMA


No comments: