Followers

Thursday, August 18, 2011

Bersyukurlah dapat ZINK dan KAYU LAPIS tuk, untuk keselesaan tuk!!

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, slogan 1Malaysia yang begitu mengujakan! Erti kudus slogan itu lebih kurang begini: baiki sebuah rumah yang bernama Seri Perdana di Putrajaya untuk sebuah keluarga HANYA RM65 juta dan baiki 200 buah rumah di Kalabakan untuk 200 buah keluarga dengan menggunakan ZINK dan KAYU LAPIS mencecah RM1juta! Fuhh!


Akibat rakyat yang tidak sedar diri baiki rumah pun mahu gunakan ZINK dan KAYU LAPIS! Namun kerajaan ini tak kisah walapun beban kewangan yang berat, demi Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan! YEAH!!


Bagusnya kerajaan Umno/Bn!

Baiknya kerajaan Umno/Bn!

Prihatinnya kerajaan Umno/Bn!

Cakna kerajaan Umno/BN!


Katanya, untuk projek Permata seorang isteri yang dominan hanya dapat RM111 juta! Itu pun nak bising? Katanya, untuk cincin seorang isteri yang berkerja keras untuk negara hanya RM 24 juta! Hanya RM24 juta itu pun nak kecoh ? Itu semua fitnah…fitnah….malas saya nak layan…saya banyak lagi kerja lain yang perlu dibuat demi Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!


Memanggg...mujur ada kerajaan Umno/Bn, kalau tidak macam mana rakyat nak dapat ZINK dan PAPAN LAPIS untuk berteduh di musim panas dan untuk buat dinding bagi menahan tempias di musim hujan! Rakyat yang dahlah marhaen, biarlah hidup susah sedikit untuk membantu kami yang terbeban teruk di Putrajaya ni! Sedar diri…sedar diri tu!


Hidup PM Najib yang berjiwa rakyat!!


Rabu Ogos 17, 2011 :


Najib Lulus RM1 Juta Bantuan Rumah Daif Di Kalabakan

TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk program bantuan zink dan papan lapis kepada rakyat daif di kawasan Parlimen Kalabakan, kata Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata urusan berkaitan pengagihan bantuan berkenaan termasuk menyeraikan nama penerima sedang dibuat bagi memastikan hanya penduduk yang benar-benar layak diberi bantuan itu.

"Selepas Hari Raya Aidilfitri ini, Wakil Rakyat akan turun padang dan pergi dari rumah ke rumah untuk melihat berapa keperluan zink dan papan lapis yang diperlukan," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan sempena Ramadan dan Hari Raya kepada anggota Persatuan Nelayan Kawasan Tawau di sini Rabu.

Ghapur berharap urusan pengagihan bantuan berkenaan akan selesai sebelum akhir tahun ini.

Katanya 200 buah rumah penduduk Kalabakan akan dibaiki untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat. - BERNAMA


No comments: