Followers

Sunday, August 21, 2011

Antara ular dan pemimpin Umno, nak 'ketuk' yang mana dulu?


BN Sudah Bersedia Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 - Rais

KUALA KLAWANG, 20 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.

Beliau berkata negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.

"Jadi dengan perubahan ini...kita sudah bersedia, malah kita sudah diberi amaran dan gesaan supaya jawatankuasa piliharaya ditubuhkan dalam DUN dan kawasan Parlimen masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan miskin di Masjid Simpang Durian dekat sini.

Rais, yang juga anggota Parlimen Jelebu, berkata jentera pilihanraya di kawasannya sudah digerakkan, malah pelbagai program telah direncanakan selepas Aidilfitri nanti, bagi menguji kekuatan parti dan memberi kebajikan kepada rakyat.

-- BERNAMA


1 comment:

Anonymous said...

Ketuk kepala hang dulu. Lepas tu ucap " Selamat Hari Raya maaf zahir batin".