Followers

Sunday, July 10, 2011

Walau apapun alasan, 9 Julai 2011 pemerintahan Umno/Bn merosakkan imej sendiri di mata rakyat dan dunia



Susah juga menjadi orang tidak cerdik yang bodoh sombong! Malah bukan setakat bodoh sombong, menceceh, merapu dan putar belit lagi.

Hishammuddin Hussein dalam kenyataan lelah dan paniknya terhadap himpunan aman BERSIH 2, yang dia fatwakan haram (sedangkan Agung tidak mengatakan BERSIH 2 Haram!), telah merumuskan konon, soal isu ketidakadilan SPR tidak timbul lagi melainkan pemimpin pembangkang cuba menonjol diri berbanding agenda utama BERSIH yang diperjuangkan!


Hishamuddin begitu bebal atau membebalkan diri untuk tahu, yang selama ini parti-parti pembangkanglah yang sering menjadi mangsa ketidak-adilan SPR dan ini sering disaksikan oleh begitu ramai pemerhati, NGO dan rakyat jelata yang celik maklumat, cerdik dan bijak. Maka itu apa peliknya para pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) turut serta dalam Himpunan Aman BERSIH 2 jika setiap kali Pilihanraya Umum, parti mereka sering diperkotak-katik-kan lantas kerap kali menjadi mangsa ‘pembodohan’ SPR dan kerajaan Umno/Bn?


Hishamudin begitu panik apabila para demontran BERSIH 2 melaungkan "REFORMASI", maka itu sepupu Najib yang seolah mahu menunjuk kuasa itu tapi sungguh tidak bijak, mengatakan BERSIH telah hilang arah dari tuntutan asal!


Telah hilang arah apanya, kalau salah satu tuntutan BERSIH ialah mereformasikan Undi POS? Kenapa menteri yang hanya gagah mengucup keris telanjang ini, begitu takut dan gerun dengan laungan REFORMASI? Kalau takut sangat perkataan REFORMASI itu, buat segera mesyuarat kabinet untuk keluarkan pula fatwa baru, perkataan ‘REFORMASI’ adalah haram! Buang “REFORMASI” dari semua kamus, jangan disebut di semua tempat, kalau sebut tangkap! Nampaknya negara ku selagi berada di bawah pemerintahan Umno/Bn kian pandir jadinya!


Hishamuddin terus menceceh, “To the very end, this group clearly did not take the initiative to assemble peacefully at a specific location although the government repeatedly gave its assurance they could meet anywhere, any stadium outside of Kuala Lumpur,”.


Boleh percayakah puak-puak ini? Sebaik mendapat titah nasihat Agung, penganjur BERSIH bersetuju mengambil cadangan Najib Razak, ‘kalau nak berdemonstrasi, demonstrasilah dalam stadium… boleh melalak sampai ke pagi!’.(Amboi… boleh melalak…!).


Najib setuju bagi stadium! Namun apabila BERSIH mohon guna Stadium Merdeka, diarahkan kabinet tidak membenarkan BERSIH guna Stadium Merdeka. Apa ? Apakah Stadium Merdeka itu hak Umno/Bn sahaja? Apakah kerajaan Umno/Bn tidak membenarkan BERSIH 2 (rakyat) mengiktiraf stadium bersejarah itu? Apakah hanya kerajaan Umno/Bn sahaja yang berhak bernostalgia dengan peristiwa kemerdekaan negara? Rakyat yang bukan Umno/Bn tak boleh? Betapa bangsatnya mentaliti yang cuba ditanam jika begitu!


Alasan tidak membenarkan mengguna Stadium Negara konon kerana faktor keselamatan adalah alasan tidak logik. Kalau betul kerana alasan keselamatan, apakah apabila Hishamuddin membenarkan stadium di luar Kuala Lumpur tidak ada alasan keselamatan atau keselamatan menjadi tidak penting? Apakah masyarakat yang berada di sekitar stadium merdeka sahaja yang dititik beratkan keselamatan mereka? Sebenarnya alasan ini hanya sekadar permainan kata-kata menteri berkenaan sahaja. Jika pun BERSIH bersetuju menggunakan stadium di luar Kuala Lumpur, Hishamuddin ini pasti tetap tidak membenarkannya konon juga alasan keselamatan dan kerana BERSIH adalah "haram"!


Pigi dah....sapa percaya sama makhluk lidah bercabang!


Hishamuddin menceceh lagi, para pemimpin pembangkang hanya 'berharap' agar ditangkap oleh polis untuk memberi gambaran buruk kepada pihak berkuasa. Alahai...Hishamuddin! Kalau kamu tangkap malah henyak lagi, orang yang hanya berjalan cepat sambil bersembang-sembang, sambil bawa botol plastik berisi air minum, tidak mengotorkan bandaraya, senyum ketawa lagi dengan penuh perpaduan pelbagai kaum, lelaki perempuan pelbagai usia untuk hanya menuju ke Istana Negara yang mana Agung sudah bersetuju menerima memorundum, memanglah akan memberi gambaran buruk kepada kamu malah tidak keterlaluan dunia akan kata kamu 'gila'!


Cuba kamu tidak tangkap, tidak sembur atau tidak henyak para demonstran, tidak mungkin kamu akan mendapat gambaran buruk malah kamu akan dipuji dan dikagumi. Tapi kini kamulah yang merosakan imej kamu sendiri bukan para peserta Himpunan Aman BERSIH 2!


Jelas kini pemerintahan Umno/Bn luka parah di mata rakyat kerana sindrom keras kepala, banyak beralasan, penafian, gemar 'purak-purak' dan penipuan fakta! Wahai Umno/Bn, dengarlah rintihan Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pelajaran anda. Apa lagi yang kamu hendak sorok tentang KOTOR Suruhanjaya Pilihanraya ni? Semua orang sudah nampak...lama dahh!

2 comments:

misnona said...

Hishamduddin elok leatak jawatan. Jangan asyik tersengih-sengih sahaja. Tak pernah serius, muka macam budak-budak. Nak lawan rakyat, pemimpin atau rakyat yang menang? Di negara luar, rakyat yang menang. Di Msia kalau pemimpin melayu masih berlagak bodoh, alamat akan diusir oleh rakyat suatu hari nanti.KPN pun akan melutut malu, malu dan rasa malu yang amat sangat sebab berperang dengan rakyat.

Anonymous said...

bukan la saya nak membantah cakap saudara/saudari..tetapi adkaha awak tidak nampak sekarang apakah agenda sebenar benda ini berlaku? Manusia2 yang melakukan perhimpunan ini semua mahukan BANGSA MELAYU hilang di MALAYSIA. mereka mahukan MALAYSIA menjadi seperti SINGAPURA..saya begitu sedih apabila bangsa kita sendiri ikut cakap agama lain sedang kan bangsa kita yang seagama nak mempebetulkan..memanglah tidak semua sempurna tapi memang benar kata mantan PM kita "melayu mudah lupa"..lupa segala2nya..YA ALLAH..saya sebagai generasi baru yang tidak mudah terpesong dengan agenda2 ini semua berasa sedih bahawa MALAYSIA akan hancur dengan semua ini..adakah awak tidak baca surat khabar yang majoriti dtg semasa perhimpunan itu ialah kaum apa? MELAYU! saya bukan nak marah dan sebagainya tapi saya sebagai orang muda nak menyedarkan bahawa mereka semua yang melakukan perhimpunan tu mahukan melayu hapus...terima kasih