Followers

Saturday, July 02, 2011

Tanah KTM Tanjung Pagar tergadai akibat kebodohan parti ketuanan Melayu. Maka puas hatilah yang mengundi Umno!

Walaupun aku dikatakan anak merdeka namun malam itu aku menitis airmata melihat sekali lagi kedaulatan negara tergadai kerana sebuah kebodohan dan kebaculan apa yang dipanggil pemerintahan ketuanan Melayu. Tergadainya Tanah KTM di Tanjung Pagar secara bacul dan bodoh oleh pemerintahan bodoh para pemimpin Umno yang berketuakan Najib Razak.


Mana ada negara yang menyerahkan tanah pusakanya kepada sebuah negara asing begitu sahaja tanpa mendapat untung apa-apa dalam dunia ini, cuma hanya Malaysia pemerintahan Umno yang sangat disanjung oleh kononnya prof-prof pejuang Melayu Kamarudin Kachar, Zainal Keling dan Ramlah Adam. Mana komen interlek para pengampu ini?


Apa sakitnya Malaysia kalau tidak diserah tanah KTM Tanjung Pagar secara bodoh kepada Singapura? Bukan kah itu tanah kita sejak zaman berzaman? Apa yang Malaysia dapat atau Umno dapat dengan penyerahan itu cuma hanya satu bentuk pakej pelaburan yang bodoh yang tetap menguntungkan Singpura dan merugikan Malaysia? Atau memang para pemimpin Umno ada dapat sesuatu demi penuhkan tembolok mereka?


Memang aku sakit hati dan rasa cukup terhina mengenangkan perangai pemerintahan Umno yang bagaikan harapkan pagar, pagar makan padi dengan menggadai tanah Melayu di Tanjung Pagar kepada negara asing. Sebagai anak Malaysia aku tidak halal dunia dan akhirat para pemimpin Umno yang mengadaikan tanah itu.


Tatkala Singapura tergadai dulu aku tidak mengerti apa-apa tentang kedaulatan sebuah negara. Tetapi tatkala tegadainya Pulau Batu Putih aku mula terasa geram teramat sangat. Aku bukan geram kepada Singapura kerana memang begitulah cara mana-mana negara mahu menunjukkan kuasa dan kedaulatannya tetapi aku geram kerana kebaculan dan kebangangan pemerintahan ketuanan Melayu taik kucing iaitu kerajaan Umno yang tidak boleh diharap dan tidak berguna satu sen itu. Bagi aku alangkah bodohnya jika masih ada Melayu yang menganggap Umno parti yang berjurus untuk menjaga kedaulatan Tanah Melayu ini. Memang Melayu itu bangang, bahlul dan tongong!


Aku bersetuju dengan pandangan ramai bahawa Umno perlu dilingkupkan kerana Umno dan para pemimpinnya dengan berselindung disebalik isu ketuanan Melayu terlalu banyak melingkupkan ketuanan Melayu itu sendiri. Buktinya ialah tergadainya Singapura, Pulau Batu Putih, Tanah KTM Tanjung Pagar dan mungkin kalau Umno terus memerintah Pulau Pisang, Bukit Takungan Air Singapura dalam Johor itu dan Wilayah Iskandar juga akan tergadai nanti!


Maka itu langkah pertama melingkupkan UMNO ialah kita jayakan Himpunan Bersih 2 pada 9 julai ini yang sangat ditakuti oleh Umno yang KOTOR itu supaya negara Malaysia ini tidak terus tergadai satu persatu secara bodoh, hina dan bacul.


3 comments:

Anonymous said...

Nilai sebenar tanah KTM di Singapura menurut anggaran pada tahun 1995 ialah RM1.5 trillion. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM1.5 trilion bermaksud RM1,500,000,000,000.00.

Itu adalah penilaian pada tahun 1995. Pada tahun 2011, nilainya bertambah berkali-kali ganda lagi. Pada tahun 2015, nilai tanah itu boleh mencecah RM3 trillion. Jumlah RM3 trillion itu kalau dibelanjakan untuk bajet tahunan negeri Kelantan, 7,500 tahun baru boleh habis. Apa yang Malaysia dapat sebagai imbuhan ialah tanah sekangkang kera di pinggiran pantai yang nilainya tidak seberapa.

Bandingan dengan bajet tahunan negeri Kelantan ialah RM400 juta. Bagi yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM400 juta bermaksud RM400,000,000.00.

Tanah KTM sudah terlepas ke tangan Singapura. Persoalan yang timbul ialah, oleh kerana nilai tanah itu sangat mahal, siapakah yang mendapat komisyen dari GOS dan berapa banyak?

Anonymous said...

.alahai kenapa lah kamu ni cetik sangat pemikiran..
next time tgk2 lah politik luar negara..
menjaga keselamatan.. senang cerita jangan nk komen benba yang kita tidak tahu sangat pekembangan nya..
klu saya nk cerita panjang mungkin kamu akan malu sendiri..
itu brlaku kerana pihak ketiga memberi cadangan.. pihak yang memihak kepada singapura.. Abg long backup adik.. kita jiran sebelah dok diam je la.. bukan diam semata2 diam.. hurm..
k jumpa 9 julai t.. aku join rombongan dari seremban.. ku pong bukan suke sangat pong kt BN..

Anonymous said...

Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah. Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam. Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.