Followers

Thursday, July 28, 2011

Najib tu 'lubuk', jangan desak dia letak jawatan!

Menuntut Najib Razak meletak jawatan adalah percaturan yang silap dan tidak bijak. Biarkan terus Najib laki Rosmah Mansur itu memerintah melalui pilihanraya ke 13 nanti. Kita memerlukan Rosmah Mansor untuk terus berada di tempatnya dalam Umno/Bn mengharungi pilihanraya ke13 kerana Rosmah Mansor adalah modal besar untuk menyedarkan rakyat betapa Najib adalah seorang Perdana Menteri yang lemah yang perlu dikecundangkan melalui pilihanraya.


Jika dituntut Najib Razak laki Rosmah letak jawatan sekarang, seluruh ahli Umno akan lebih gembira jika itu terjadi untuk Muhyiddin Yasin ambil alih. Walaupun Muhyiddin mungkin dua kali lima dengan Najib Razak tetapi barang diingat ramai rakyat Malaysia agak mudah tergoda dan mudah lemah jiwa dengan Perdana Menteri yang baru naik. Dengan alasan, bagilah peluang untuknya membuat perubahan seperti yang dikehendaki dan Muhyiddin membuat sedikit perubahan luaran, akan ada rakyat yang tergoda. Dan Pakatan rakyat akan terpaksa mengambil masa yang lebih panjang untuk menguasai Putrajaya.


Maka itu jangan tuntut Najib Razak letak jawatan! Biarkan Najib terus di situ untuk seketika. Najib Razak kini adalah liabiliti buat Umno dan BN. Kelemahan yang ada pada Najib dan bininya Rosmah adalah modal ampuh untuk menyedarkan rakyat akan betapa pemerintah Umno/Bn perlu dikalahkan dalam PRU ke 13 dan peluang Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya akan lebih cerah dan mudah.


Kita perlu terus bagi tahu rakyat bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia kini bercincin berlian berharga RM24 juta, bergelang RM1.65 juta, beg tangan RM300,000, peruntukan Permata RM111juta, anjur persidangan ‘perasan’ Wanita Pertama Dunia RM4.5 juta dan banyak lagi juta-jutanya. Konon katanya duit yang digunakan untuk membeli itu semua adalah duit tabungan Rosmah Mansor? Hah!


Jika tidak ada Najib akan tiadalah Rosmah Mansor, maka akan tiadalah cerita itu. Maka biarkan Najib Razak disitu untuk Imelda Rosmah terus bergaya dalam keadaan majoriti rakyat berhempas pulas dihimpit hutang dan kos hidup tinggi untuk sebuah kehidupan yang paling mencabar kini!


Maka mendesak Najib Razak, 'lubuk', meletak jawatan sebelum membawa Umno/Bn mengharungi PRU ke 13 adalah tidak bijak!


No comments: